Sunday 23 September 2012

KINI SPRM TIDAK MEMILIH BULU





Saudara Pengarang,

JANGAN meludah  ke langit kerana  air liur yang busuk itu kita  sembur keluar  dari mulut kita  itu  tidak akan  sampai ke langit;  sebaliknya  akan  jatuh  kembali ke muka  kita  sendiri.

Dalam  bahasa  lain  itu adalah  Hukum Karma.  Namun  manusia  di era yang pesat membangun ini  dengan sengaja  melakukan perbuatan yang melanggar undang- undang negara mereka  demi kepentingan diri mereka sendiri;  apalagi jika mereka  memegang jawatan atau potfolio penting dalam sebuah  syarikat, agensi kerajaan ataupun memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Mereka  beranggapan mereka  dapat  terlepas dengan mudah  daripada  perbuatan mereka  itu tetapi  'Hukum Karma'  itu pasti akan  sentiasa  mengejar  dosa-dosa  mereka yang meninggalkan kesan 'jari- jari' mereka  dalam modus operandi   tersebut.

Baru-baru ini  SPRM  telah menyiasat  Bekas  CEO  IJM Sabah  dan beberapa orang  yang  dipercayai terlibat dalam satu 'Skandal Penipuan Tanah' di  Daerah  Beluran, Sandakan, Sabah.

Bagi pihak rakyat  tempatan  yang selama ini teraniaya, ingin mengucapkan  jutaan terima kasih kepada SPRM di atas  ketegasan  mereka  menjalankan tugas yang diamanah tanpa mengira  latar belakang orang yang disyaki terlibat  itu .
Syabas dan tahniah kepada pegawai kanan SPRM dan teruskan tugas yang  diamanahkan itu  sehingga semua petualang diberkas demi untuk  rakyat  dan negara .  
Aalam Hormat,

ANAK  JATI  BELURAN

21 comments:

  1. Baru siasat pun, kalau tidak ada bukti sama juga tu bebas.

    ReplyDelete
  2. Apapun bagus jugalah SPRM bagi perhatian terhadap kes ni. Semoga siasatan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  3. Baguslah kalau macam itu. Kita memang mengharap sangat SPRM akan menjalankan tanggungjawab sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. Amanah yang diberikan kepada SPRM itu harap akan dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Rakyat yakin yang mana SPRM tidak takut menegakkan kebenaran.

    ReplyDelete
  5. SPRM memang patut bebas dan tidak dipengaruhi mana2 pihak dalam jalankan siasatan. pesalah kecil atau besar, berpangkat atau rakyat biasa harus tidak dibezakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM menjalankan tugasnya dgn adil tanpa memilih bulu.

      Delete
    2. semua pihak juga harus bekerjasama utk bersama-sama memerangi rasuah.

      Delete
  6. Director of the National Key Result Area (NKRA) Corruption, Dato’ Hisham Nordin said the MACC scored some remarkable successes under the Government Transformation Programme (GTP )1.0 including clearing a backlog of some 700 corruption cases in court, dating back to more than eight years, within a period of one year.

    ReplyDelete
  7. peranan SPRM adalah membanteras rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita harus beri kerjasama dalam banteras rasuah.

      Delete
    2. SPRM tidak menyakinkan rakyat. Banyak yang masih bebas dari tindakan undang-undang.

      Delete
  8. SPRM harus terus berusaha untk membanteras sebarang kegiatan rasuah.

    ReplyDelete
  9. komitmen yang berterusan akan menjadikan rasuah semakin berkurangan.

    ReplyDelete
  10. SPRM harus bertanggung jawab dan melaksanakan tugas dengan baik untuk mengurangkan kes rasuah.

    ReplyDelete
  11. KEs rasuah adalah musuh utama perkembangan negara.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan harus komit untuk membasmi kes rasuah yang semakin berleluasa.

    ReplyDelete
  13. Baru-baru ini SPRM telah menyiasat Bekas CEO IJM Sabah dan beberapa orang yang dipercayai terlibat dalam satu 'Skandal Penipuan Tanah' di Daerah Beluran, Sandakan, Sabah.

    Teruskan usaha untuk menghapuskan kesemua kes rasuah di Malaysia.

    ReplyDelete
  14. sejak dari dulu sprm tidak memilih bulu.. ramai pemimpin2 politik, menteri, pengarah jabatan dan GLC telah dihadapkan kemahkamah..

    ReplyDelete
  15. Bagi tahun 2013, sebanyak 276 juta ringgit akan diperuntukkan kepada SPRM bagi membanteras rasuah.

    ReplyDelete
  16. Kerajaan bersetuju menambah sebanyak 150 perjawatan tambahan setiap tahun sehingga mencapai 5,000 anggota.

    ReplyDelete
  17. Langkah ini diharap akan dapat menyokong usaha Kerajaan memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah.

    ReplyDelete