MENJILAT kemaluan isteri
adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita
sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri
melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami
isteri dalam menikmati perhubungan seks. Apakah hukumnya menjilat kemaluan
isteri anda?
Allah SWT menciptakan tubuh
manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi
isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini
mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai
dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di
kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika
sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’,
adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk
aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks,
ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan:
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi
(rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau
suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar
darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia
salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan
melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan
menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana
terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas
jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh
dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr.
Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan,
tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan
kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat
menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke
lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira
kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula
menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab
kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa
beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan
semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku
kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan
mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita
dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula
mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju
air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan
menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa
ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi
tadi.
Mazi ibarat najis lain yang
dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan
termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat
mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya
teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap
dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang
Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang
agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong
dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B
Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20
tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan
kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh
undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar
dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan
ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan:
Kebanyakan ulama Saudi
mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-
Mufti Saudi Arabia bahagian
Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai
berikut;
“Adapun hisapan isteri
terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan.
Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain.
Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut
kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke
perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."
Melalui pandangan ini, kita dapat
melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh
memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama
yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika
dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria
dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit
puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut
adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan
‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut
pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi
ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan
sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di
dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai)
haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan
menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan
telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang
untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada
makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai
penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya.
Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi
untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi
saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini
adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya
dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men’generalize’
semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh
didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang,
benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye,
namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya
tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk
pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai
binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan:
Melalui perbincangan dan
pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini.
Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1. Elok dijauhi aktiviti ini
dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi
menjauhi perkara khilaf.
2. Harus bagi suami isteri
untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat
dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan
kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan
kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh
tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks
melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3. Haram hukumnya menelan
mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara
kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang
akan diproses melalui dengan bahagian kimia).
4. Hukumnya menjadi harus
berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’
kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan
membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang
diluar rumah.
5. Hukum melakukannya
bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah
haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia.
Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di
dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau
perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram,
hukumnya adalah haram jua”.
Sebagai akhirnya, selain
dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa
ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan
berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang
berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu
diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya?
Kita bimbang, tindakan ini
boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal
sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu
buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada
agar tidak ditawan olehnya kelak. (MyTabloid)
No comments:
Post a Comment