Friday 21 September 2012

'LANUN' JADI RAJA DALAM PBT!




PAKISTAN.....Kelihatannya bukan lagi macam di KK?

Saudara Pengarang,

SABAH hari ini, dipenuhi oleh warga asing seperti Pakistan, Bugis, Indonesia, India Mamak, Cina dari Semenanjung, Singapura dan Hong Kong. Kehadiran mereka ini ke Sabah, adalah untuk membuka perniagaan di bumi Sabah.

Persoalannya, kenapa Kerajaan Sabah memberikan kelonggaran kepada warga asing berniaga tanpa kawalan? Berbanding dengan kerajaan Sarawak, mereka begitu tegas mengadakan sekatan kepada Warga Asing yang ingin berniaga.

Persoalannya, kenapa Pihak Berkuasa Tempatan seperti DBKK dan Majlis Daerah mengeluarkan lesen perniagaan dan juga Jabatan Imigresen yang mengeluarkan pas masuk atau permit kerja tidak sedar bahawa warga asing tidak dibenarkan berniaga di sini tanpa permit masuk (PR)?

Kebanyakan pegawai di PBT ini telah bersubahat untuk membantu warga asing ini untuk mendapat Lesen Perniagaan, sebahagian daripadea mereka senang dirunding; asalkan ada 'Wang Kopi', maka 99. 9% urusan dianggap beres.

Contoh paling ketara, dalam keadaan pegawai SPRM kekenyangan dalam ketiduran, seorang Taukeh telah memonopoli rumah sewa kerajaan di Sri Rugading dan Telipok Ria yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB); sebelum menyewa pajak rumah berkenaan kepada orang tempatan dan warga asing.

Oleh itu tidak hairanlah jika premis niaga warga asing tumbuh bagai cendawan dan semakin sukar dikawal kerana rasuah adalah 'kuasa pemerintah' yang sukar disekat.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment