Monday 3 September 2012

NAJIB BERI PETUNJUK PRU NOVEMBER?





KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk hari ini bahawa beliau mungkin akan memanggil pilihan raya umum (PRU) seawal November, lapor The Star Online — lima bulan sebelum mandat Barisan Nasional (BN) berakhir iaitu pada bulan April 2013.

Perdana menteri (PM) tidak menyatakan rancangannya secara terbuka akan tetapi beliau dilihat memberi petunjuk jelas mengenai tarikh, dengan menyatakan angka 11 beberapa kali dalam ucapannya ketika berucap merasmikan mesyuarat delegasi Umno bahagian Sandakan hari ini, lapor akhbar berbahasa Inggeris itu.

“Enam kali 11 sama dengan 66, lima kali 11 sama dengan 55 dan dua kali 11 sama dengan 22. Faktor 11 muncul dalam semua, ia adalah unik dan baik,” Najib dilaporkan berkata, ia merujuk kepada usia Umno, ulangtahun kemerdekaan ke 55 dan usia Umno Sabah.

The Star Online menjelaskan, presiden Umno tidak menyatakan secara langsung bahawa beliau mahu mengadakan PRU ke 13 pada bulan November.

Bagaimanapun, Najib dan menteri kabinetnya telah menjelajah ke seluruh negara sejak beberapa bulan lalu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua tahun ini dan meningkatkan sokongan pengundi dan meningkatkan tahap keyakinan untuk kepimpinan Barisan Nasional (BN)  bagi memanggil untuk pilihan raya mengejut tidak lama lagi, kata beberapa ahli strategi kepada The Malaysian Insider minggu lepas. (TMI)

No comments:

Post a Comment