Monday 24 September 2012

PERBAIKI RANGKAIAN JALUR LEBAR DI KTW




SANDAKAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran menambahbaik kemudahan sistem jalur lebar ke setiap Kampung Tanpa Wayar (KTW) yang telah diwujudkan bagi membolehkan penduduk setempat menikmati perkhidmatan internet secara percuma dengan lebih baik.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Peter Pang En Yin, berkata terdapat lokasi KTW terutama melibatkan kawasan di Karamunting mengenalpasti laporan tidak semua penduduk dapat melayari internet.

“Saya ada difahamkan beberapa kampung tidak semua penduduknya dapat melayari internet memandangkan pelaksanaan KTW ini baru saja diperkenalkan. Namun demikian, saya mencadangkan agar pihak berkaitan mempertingkatkan lagi jaringan jalur lebar seperti menambah kemudahan modem’ untuk memperluaskan lagi pancarannya,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau ditanya pemberita berhubung rungutan sesetengah penduduk di Kampung Bokara dan Kampung Air yang meminta supaya perkhidmatan jalur lebar secara percuma ini dipertingkatkan berikutan hanya jarak 100 meter daripada pemancar utama akan dapat melayari internet.

Berikutan itu, ia telah menimbulkan persoalan sehinggakan perkara ini diutarakan di Facebook sejak akhir-akhir ini.

Peter Pang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkata beliau akan mengambil berat perkara ini dan memastikan pihak berkaitan dapat menanganinya seberapa yang boleh.

Beliau berharap penduduk setempat bersabar memandangkan pelaksanaan program KTW baru diperkenalkan dan lambat-laun ianya akan dapat dinikmati secara menyeluruh.

Akhbar New Sabah Times pada Sabtu turut menyiarkan artikel seorang belia dari Kampung Bokara iaitu Ray Ibrahim Hj Osman yang mendakwa bahawa kemudahan sistem jalur lebar tanpa wayar yang sudah beroperasi sepenuhnya di perkampungan itu tetapi tidak semua penduduk dapat melayari internet.

“Seperti di Bokara, tidak semua penduduknya dapat melayari kemudahan internet ekoran daripada kekuatan pancaran jalur lebar hanya 100 meter. Kita difahamkan bahawa hanya beberapa rumah saja yang dapat melayari internet tetapi rumah-rumah agak jauh sedikit masih juga menggunakan talian Streamyx atau pun broadband sendiri.

“Kita tidak mahulah melihat papan tanda yang terpampang indah dengan perkataan Kampung Tanpa Wayar tetapi sebaliknya pula hanya beberapa rumah saja mampu melayari kemudahan internet ini,” katanya dipetik sebagai berkata. (NST)
             

22 comments:

  1. pertingkatkan lagi perkhidmatan jalur lebar..

    ReplyDelete
  2. selain itu, pastikan penyelenggaraan dilakukan pada masa yang tepat.

    ReplyDelete
  3. Perkhidmatan jalur lebar harus ditingkatkan demi kepentingan semua pihak.

    ReplyDelete
  4. Bagaimanapun perkhidamatan internet harus dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan sampai terlebih FB saja. hehe

    ReplyDelete
  5. Jika benar kerajaan ingin memberikan perkhidmatan jalur lebar ini. Pastikan kualiti dan mutu perkhidmatan itu diambil berat.

    ReplyDelete
  6. Kerana keburukan yang berlaku ini akan menjejaskan nama baik kerajaan juga. Maka selesaikan masalah ini dan pastikan yang terbaik untuk pengguna.

    ReplyDelete
  7. Perintis jalur lebar berkelajuan tinggi 4G terkemuka di Asia Tenggara, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) telah melancarkan perkhidmatan komersilnya di Sabah. Rancangan pengenalan secara agresif PI berhasrat untuk meliputi sekurang-kurangnya 80 peratus daripada isi rumah di Kota Kinabalu dalam tempoh enam bulan.

    ReplyDelete
  8. Perluasan jalur lebar di Malaysia telah mencapai sebanyak 63.95 peratus, manakala jumlah pengguna internet telah mencecah seramai 17.5 juta pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumlah pengguna internet di negara ini sudah semakin ramai.

      Delete
    2. Ini juga membuktikan pengguna semakin ke depan bersamaan dengan teknologi yang berkembang pesat.

      Delete
  9. Menurut Datuk Joseph Salang, bagi mencapai objektif yang ditetapkan di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI), pelbagai kempen kesedaran dan promosi jalur lebar telah dilaksanakan dengan skala yang besar. Antaranya, inisiatif yang dilaksanakan termasuklah pusat jalur lebar komuniti seperti Pusat Internet 1Malaysia yang akan bertambah kepada 628 buah pada akhir tahun ini, kampung tanpa wayar 1Malaysia yang akan mencecah lebih 4,000 kampung pada akhir tahun dan Program Laptop 1Malaysia yang diagihkan kepada lebih satu juta kepada pelajar dan masyarakat di luar bandar.

    ReplyDelete
  10. Although with the existence of a wifi village for example, it could be possible that some users are not registered.

    ReplyDelete
  11. mutu jalur lebar kena ditingkatkan lagi.

    ReplyDelete
  12. bekalan elektrik lagi penting dan ia perlu disediakan di semua kawasan.

    ReplyDelete
  13. harap pekara ini akan diberikan perhatian..

    ReplyDelete
  14. harap langkah untuk tingktkan perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  15. Perkhidmatan ini harus diguna dengan bijak juga.

    ReplyDelete
  16. Bekalan air dan elektrik jauh lebih penting dari bekalan internet.

    ReplyDelete
  17. Kualiti perkhidmatan harus sentiasa baik.

    ReplyDelete
  18. “Kita tidak mahulah melihat papan tanda yang terpampang indah dengan perkataan Kampung Tanpa Wayar tetapi sebaliknya pula hanya beberapa rumah saja mampu melayari kemudahan internet ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

    Kelemahan kemudahan internet harus dinaik taraf lagi.

    ReplyDelete
  19. Kerajaan akan menubuhkan 100 Pusat Internet 1Malaysia bagi Tahun 2013 hingga 2015 di dalam bandar seperti di kawasan perumahan rakyat.

    ReplyDelete
  20. Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar bagi kegunaan harian dan meningkatkan kegiatan sosioekonomi mereka. Untuk itu, SKMM akan menyediakan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

    ReplyDelete