SANDAKAN: Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran menambahbaik kemudahan sistem
jalur lebar ke setiap Kampung Tanpa Wayar (KTW) yang telah diwujudkan bagi
membolehkan penduduk setempat menikmati perkhidmatan internet secara percuma
dengan lebih baik.
Menteri Belia dan Sukan,
Datuk Peter Pang En Yin, berkata terdapat lokasi KTW terutama melibatkan
kawasan di Karamunting mengenalpasti laporan tidak semua penduduk dapat
melayari internet.
“Saya ada difahamkan
beberapa kampung tidak semua penduduknya dapat melayari internet memandangkan
pelaksanaan KTW ini baru saja diperkenalkan. Namun demikian, saya mencadangkan
agar pihak berkaitan mempertingkatkan lagi jaringan jalur lebar seperti
menambah kemudahan modem’ untuk memperluaskan lagi pancarannya,” katanya di
sini, kelmarin.
Beliau ditanya pemberita
berhubung rungutan sesetengah penduduk di Kampung Bokara dan Kampung Air yang
meminta supaya perkhidmatan jalur lebar secara percuma ini dipertingkatkan
berikutan hanya jarak 100 meter daripada pemancar utama akan dapat melayari
internet.
Berikutan itu, ia telah
menimbulkan persoalan sehinggakan perkara ini diutarakan di Facebook sejak
akhir-akhir ini.
Peter Pang yang juga Anggota
Dewan Undangan Negeri (Adun) berkata beliau akan mengambil berat perkara ini
dan memastikan pihak berkaitan dapat menanganinya seberapa yang boleh.
Beliau berharap penduduk
setempat bersabar memandangkan pelaksanaan program KTW baru diperkenalkan dan
lambat-laun ianya akan dapat dinikmati secara menyeluruh.
Akhbar New Sabah Times pada
Sabtu turut menyiarkan artikel seorang belia dari Kampung Bokara iaitu Ray
Ibrahim Hj Osman yang mendakwa bahawa kemudahan sistem jalur lebar tanpa wayar
yang sudah beroperasi sepenuhnya di perkampungan itu tetapi tidak semua
penduduk dapat melayari internet.
“Seperti di Bokara, tidak
semua penduduknya dapat melayari kemudahan internet ekoran daripada kekuatan
pancaran jalur lebar hanya 100 meter. Kita difahamkan bahawa hanya beberapa
rumah saja yang dapat melayari internet tetapi rumah-rumah agak jauh sedikit
masih juga menggunakan talian Streamyx atau pun broadband sendiri.
“Kita tidak mahulah melihat
papan tanda yang terpampang indah dengan perkataan Kampung Tanpa Wayar tetapi
sebaliknya pula hanya beberapa rumah saja mampu melayari kemudahan internet
ini,” katanya dipetik sebagai berkata. (NST)
pertingkatkan lagi perkhidmatan jalur lebar..
ReplyDeleteselain itu, pastikan penyelenggaraan dilakukan pada masa yang tepat.
ReplyDeletePerkhidmatan jalur lebar harus ditingkatkan demi kepentingan semua pihak.
ReplyDeleteBagaimanapun perkhidamatan internet harus dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan sampai terlebih FB saja. hehe
ReplyDeleteJika benar kerajaan ingin memberikan perkhidmatan jalur lebar ini. Pastikan kualiti dan mutu perkhidmatan itu diambil berat.
ReplyDeleteKerana keburukan yang berlaku ini akan menjejaskan nama baik kerajaan juga. Maka selesaikan masalah ini dan pastikan yang terbaik untuk pengguna.
ReplyDeletePerintis jalur lebar berkelajuan tinggi 4G terkemuka di Asia Tenggara, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) telah melancarkan perkhidmatan komersilnya di Sabah. Rancangan pengenalan secara agresif PI berhasrat untuk meliputi sekurang-kurangnya 80 peratus daripada isi rumah di Kota Kinabalu dalam tempoh enam bulan.
ReplyDeletePerluasan jalur lebar di Malaysia telah mencapai sebanyak 63.95 peratus, manakala jumlah pengguna internet telah mencecah seramai 17.5 juta pengguna.
ReplyDeletejumlah pengguna internet di negara ini sudah semakin ramai.
DeleteIni juga membuktikan pengguna semakin ke depan bersamaan dengan teknologi yang berkembang pesat.
DeleteMenurut Datuk Joseph Salang, bagi mencapai objektif yang ditetapkan di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI), pelbagai kempen kesedaran dan promosi jalur lebar telah dilaksanakan dengan skala yang besar. Antaranya, inisiatif yang dilaksanakan termasuklah pusat jalur lebar komuniti seperti Pusat Internet 1Malaysia yang akan bertambah kepada 628 buah pada akhir tahun ini, kampung tanpa wayar 1Malaysia yang akan mencecah lebih 4,000 kampung pada akhir tahun dan Program Laptop 1Malaysia yang diagihkan kepada lebih satu juta kepada pelajar dan masyarakat di luar bandar.
ReplyDeleteAlthough with the existence of a wifi village for example, it could be possible that some users are not registered.
ReplyDeletemutu jalur lebar kena ditingkatkan lagi.
ReplyDeletebekalan elektrik lagi penting dan ia perlu disediakan di semua kawasan.
ReplyDeleteharap pekara ini akan diberikan perhatian..
ReplyDeleteharap langkah untuk tingktkan perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan.
ReplyDeletePerkhidmatan ini harus diguna dengan bijak juga.
ReplyDeleteBekalan air dan elektrik jauh lebih penting dari bekalan internet.
ReplyDeleteKualiti perkhidmatan harus sentiasa baik.
ReplyDelete“Kita tidak mahulah melihat papan tanda yang terpampang indah dengan perkataan Kampung Tanpa Wayar tetapi sebaliknya pula hanya beberapa rumah saja mampu melayari kemudahan internet ini,” katanya dipetik sebagai berkata.
ReplyDeleteKelemahan kemudahan internet harus dinaik taraf lagi.
Kerajaan akan menubuhkan 100 Pusat Internet 1Malaysia bagi Tahun 2013 hingga 2015 di dalam bandar seperti di kawasan perumahan rakyat.
ReplyDeletePusat ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar bagi kegunaan harian dan meningkatkan kegiatan sosioekonomi mereka. Untuk itu, SKMM akan menyediakan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.
ReplyDelete