Saudara Pengarang,
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua para
pengendali Sabahkini.net kerana bersusah payah kerana mewujudkan ruang seperti
ini untuk kepentingan anak jati Sabah.
Di sini saya terpanggil
untuk mendedahkan serba sedikit tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk
kampung yang menggunakan jalan raya Melinsau-Ranau. Jalan ini merupakan asalnya
adalah jalan balak dan menghubungkan lebih 30 kampung iaitu lebih kurang 3 buah
mukim.
Jalan inilah yang menghubungkan
penduduk kampung ini ke Pekan Ranau atau dunia luar samada untuk tujuan mencari
makan, belajar ataupun sekadar untuk bersuka ria.
Namun apa yang mengecewakan,
BN telah memegang kawasan ini semenjak kejatuhan PBS iaitu pada tahun 94 dan
seingat saya yang kini berumur 28 tahun dan mula mengetahui perjalanan politik
bermula pada tahun 1998 iaitu tahun DSAI telah ditangkap dan Sukan Komanwel diadakan
di negara kita, sehingga kini keadaan jalan masih atau bertambah teruk
berbanding sebelumnya.
Namun diakui telah ada
perubahan iaitu mula diturap dari simpang Bengkud ke Kg. Napong iaitu termasuk
dalam RMK-10 iaitu projek jalan Malinsau-Kota Marudu. Bagaimanapun, pembinaan
ini telah dihentikan kerana telah habis budget untuk Fasa pertama.
Menambah buruk lagi jalan
ini telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa ada apa-apa penyelenggaraan semula.
Jalan ini akan berhabuk semasa kemarau dan akan berlopak yang sangat teruk
sekali apabila hujan. Kedengaran cerita, jalan ini akan disambung pada Fasa ke
- 2 yang tidak tahu bila.
Saya teringat ucapan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komuditi (bekas bertanding di P. 179 Ranau), semasa
beliau mula-mula berkempen di Kg. Timbua, yang mengatakan jika beliau menang di
kawasan ini, keperluan asas (Jalan, Elektrik, air, Kesihatan, dan Pelajaran)
akan ada kemajuan.
Namun amat mengecewakan kami
kerana setelah dua penggal beliau memenangi Parlimen P.179 Ranau, tidak ada
langsung perubahan sepertimana yang beliau janjikan. Hanya pada penghujung tahun
lepas barulah eletrik mula disambung di beberapa Kg. di Mukim Timbua.
Ada antara anda yang mungkin
tidak percaya bahawa zaman yang serba moden ini masih ada yang belum pernah
merasai bekalan elektrik 24 jam walaupun rumahnya hanya 24 km dari pekan Ranau.
Jalan hanya mula dibuat pada
penghujung tahun 2010 atau awal 2011 tapi seperti "melepaskan batuk di tangga".
Kini (2012) baru kelihatan kontraktor yang menanam batang paip air di tepi
jalan setelah dua penggal beliau menumpang di Ranau, dan batang paip ini mula
ditanam setelah satu penggal penuh Datuk Siringan Gubat menggantikan tempat
beliau. Namun tidak pasti bila bekalan air ini akan boleh digunakan oleh orang
kampung, mungkinkah selepas 3 penggal akan datang?
Saya terharu apabila PM kita
melaungkan; "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, tidak kira rakyat
di pedalaman, akan merasakan pembangunan dalam gagasan 1Malaysia."
Namun kata-kata itu sangat
mengecewakan. Itu baru sahaja jalan, elektrik dan air, belum lagi kemudahan
pembelajaran, hospital dan sebagainya. Jalan raya Ranau Melinsau ini pernah
digelar oleh seorang Pemimpin Pembangkang Ranau sebagai 'Jalan Kambing'? Apakah
penduduk di tiga mukim ini hanya layak menggunakan jalan seperti itu?
Kini terdapat beberapa
Jentera yang sedang beroperasi namun kelihatannya, seolah-olah 'Jangan Tidak Sahaja'.
Sehubungan itu, saya meminta agar pihak berkuasa mengambil berat tentang isu
ini kerana keseluruhan penduduk di sini adalah Bumiputera yang layak mengundi.
Adakah perlu penduduk
kampung mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat barulah kami dapat merasai
enaknya memakan makanan segar dari peti sejuk setelah hampir 49 tahun diperdaya
Kerajaan Pusat yang 'Janjinya Belum Ditepati!'
Salam Hormat,
MUHARI MUJIN
Kg. Timbua
Rasanya tidak ada guna juga undi PR sebenarnya. Benarkah mereka ini mampu melakukan perubahan. Perubahan yang bagaimana, aspek mana dan dimanakah? Kerana kita perlu tahu akan semua ini.
ReplyDeleteKerajaan pasti akan menunaikan janji2 yang telah dilafaskan.
DeleteKalau PR boleh beri keyakinan pada rakyat melalui pentadbiran terbaik mereka di negeri seperti Kelantan dan Selangor, pasti rakyat akan mengundi mereka.
DeleteBikin takut aku dengar bahawa Pakatan Rakyat akan memberi status PR kepada PATI jika mereka menjadi kerajaan.
DeleteLagi bikin takut bila Jeffrey kata akan membahagi Sabah menjadi 6 negeri.
DeleteKalau kita lihat sebenarnya apa yang PR perjuangkan adalah inginkan Anwar menjadi PM dan tidak ada selain itu lagi yang utama bagi PR.
ReplyDeletePerjuangan pembangkang hanya memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi PM.
DeleteJika Anwar gagal jadi PM sekali lagi, tiada lain kali sudahlah baginya.
Deletesekarang ini semua parti mahukan sokongn rakyat Sabah..jadi buatlah pilihan yang tepat.
Deletemotif pembangkang memang mensyaki, kosong kredibiliti mereka..
ReplyDeletepembangkang banyak berjanji, tapi adakah mereka laksanakan janji mereka dinegeri seperti Selangor?
DeleteSecond Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said allocations for almost all ministries will be increased under Budget 2013 to be tabled in Parliament on Sept 28.
ReplyDeleteKita tunggulah pengumuman daripada Perdana Menteri kita untuk melihat bajet 2013 untuk Sabah, harap peruntukan tersebut lebih besar daripada bajet 2012.
DeleteBajet tahun ini adalah peruntukan yang terbesar dalam sejarah Sabah.
DeleteBujet 2012 membuktikan kerajaan menumpu perhatian sepenuhnya ke atas Sabah.
DeleteThe Federal Government has allocated RM500m as a grant to cover 10% of the total cost of on going projects worth RM5b in Sabah.
ReplyDeleteThe Public Private Partnership Unit (UKAS) under the Prime Minister's Department gave the grant to help local entrepreneurs particularly contractors completing basic infrastructures in each project.
undi PR tak semestinya kemajuan akan dijamin.
ReplyDeleteSabah kini dah membangun dgn begitu pesat.
ReplyDeletetanpa perlu undi PR pun, rakyat tetap akan menikmati kemajuan..
ReplyDeletetidak ada jaminan bahawa PR mampu memajukan negeri ini sedangkan pentadbiran mereka di 4 buah negeri adalah hasil dari kerajaan BN sebelum ini..
ReplyDeletekalau mahu tengok kemampuan sebenar PR, lihat saja kelantan.. negeri itu telah ditadbir selama lebih 20 tahun oleh PAS.. hingga hari ini masih mundur berbanding dengan negeri2 lain di semenanjung.. malah kelantan jauh lebih kecil berbanding dengan Sabah yang mana memudahkan PAS untuk mengurus tadbir negeri itu dengan baik..
ReplyDeletepembangkang terutama PAS memang tidak mendapat tempat di Sabah.
DeleteSabah kini semakin membangun jika dibandingkan denan dulu.
ReplyDeleteTidak mungkin boleh "ensure" perkembangan. Banyak unsur perlu dipertimbangkan.
ReplyDeleteBiarklah rakyat sendiri menentukannya siapakah kerajaan yang mereka perlukan.
ReplyDeleteSabah akan lebih maju jika tiada rasuah.
ReplyDeleteSaya terharu apabila PM kita melaungkan; "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, tidak kira rakyat di pedalaman, akan merasakan pembangunan dalam gagasan 1Malaysia."
ReplyDeleteSemoga kerajaan menjalankan apa yang dijanji.
The RM13bil in Foreign Direct Investment (FDI) in the first quarter of this year is a clear signal of investors' confidence in Malaysia as an investment destination despite a gloomy global economy and the Opposition's criticims, says Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteThe Prime Minister said foreign investors did not base their decisions on what the Opposition said.
ReplyDelete"We expect to hit our targeted FDI and private sector investments this year," he told journalists after officiating the groundbreaking ceremony for the world's first integrated bio-methionine and thiochemicals plant in Kertih BioPolymer Park.
ReplyDeleteCommenting on the groundbreaking of the bio-methionine and thiochemicals plant, Najib said the project, jointly developed by South Korea's CJ CheilJedang and France's Arkema, was a proud moment for Malaysia as it was the first of such plant in the world.
ReplyDeleteCommenting on the groundbreaking of the bio-methionine and thiochemicals plant, Najib said the project, jointly developed by South Korea's CJ CheilJedang and France's Arkema, was a proud moment for Malaysia as it was the first of such plant in the world.
ReplyDelete"The plant also marks the first major investment by an international industrial biotechnology company in the country.
ReplyDelete"It will position Malaysia alongside other global feed producers and exporters," he said adding that, the plant was expected to be operational by December next year and would have spillover economic effects.
ReplyDelete"It will provide the people with continuous income and it does not necessarily have to be planted on a fertile ground," he said.
ReplyDelete