Thursday 20 September 2012

UMNO LABUAN TOLAK ‘CALON LUAR’




LABUAN: Ketua Penerangan Umno Bahagian Labuan, Datuk Yussof Mahal berkata, Umno Bahagian Labuan akan menyokong siapa juga calon BN yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding di kerusi Parlimen Labuan dalam PRU ke 13.

Bagaimanapun katanya, calon itu mestilah yang telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Labuan dan bukan calon yang datang dari luar Bahagian.

“Umno Bahagian Labuan akan menyokong calon yang telah ditentukan oleh pucuk pimpinan, tetapi calon itu sebaiknya adalah calon yang datang dari Umno Bahagian” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Aspirasi dan Penutupan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat Labuan yang diadakan di Hotel Aifa, kelmarin.

Yussof yang juga Ahli Parlimen Labuan turut menasihatkan rakyat supaya tidak membuat sebarang andaian mengenai calon yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

Katanya, soal calon biarlah kita serahkan kepada Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk membuat keputusan.

Menurut Yussof, memang tidak dapat dinafikan soal lobi melobi untuk menjadi calon telah berlaku, namun ia merupakan proses biasa yang sering dilalui oleh mana- mana bahagian ketika menjelangnya pilihan raya.

Apa yang penting katanya, rakyat perlu memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada BN yang telah banyak berjasa dan sentiasa membela nasib rakyat.

Mengulas mengenai lawatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin tertinggi Barisan Pakatan Rakyat ke Wilayah Persekutuan Labuan pada Ahad, Yusof berkata kehadiran yang hanya sekitar 1,000 orang itu telah membuktikan rakyat Labuan tidak mudah terpengaruh dengan idealogi pembangkang yang dibawa oleh Anwar Ibrahim, berbanding kira-kira 30,000 penduduk Labuan yang hadir semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Labuan pada tahun lalu.

Pada majlis itu, Yussof turut menyampaikan sijil penghargaan kepada lebih 20 agensi kerajaan dan individu yang menyertai program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2012.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Mohd Rafi Ali Hassan dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Emily Claire Joannes.

21 comments:

  1. What we want is a winnable candidate. A candidate with clean and strong background.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calon yang sentiasa memikirkan rakyat adalah calon yang tepat.

      Delete
  2. Mengenai calon itu rasanya perlu dibincangkan lagi dengan pihak atasan.

    ReplyDelete
  3. Letakkan calon yang benar-benar diterima oleh penduduk. Kerana ini satu kemenangan yang dapat dilihat sudah dengan meletakkan calon yang disenangi oleh penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. calon yang benar mengutamakan rakyat akan menjadi pilihan utama rakyat.

      Delete
  4. Yang penting jangan letakkan Yusof Mahal lagi. Kerana beliau sudah ada latarbelakang yang buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. reputasi dia dah jatuh. .baik jgn calonkan dia.

      Delete
    2. rasanya beliau telah digugurkan sebagai calon untuk PRU nanti.

      Delete
    3. Let see who the candidates been chosen. Hope the right candidates.

      Delete
    4. calon yang dipilih akan menentu kemenangan parti tersebut.

      Delete
  5. Jika kita lihat sekarang ini pun masih ramai pemimpin yang berkebolehan dikawasna tersebut. Maka kita harap Datuk Najib akan memilih calon yang terbaik untuk Labuan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib will play his role to select the better candidates.

      Delete
  6. Sebagai calon yang hendak dipilih latar belakang sebelum ini haruslah baik dan bersih daripada pelbagai jenayah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. kita harap saja yang terbaik untuk labuan dan pilihan PM Najib. hidup BN!

    ReplyDelete
  8. pilih yang benar2 terbaik untuk dicalonkan.

    ReplyDelete
  9. Ramai pihak sekarang ni yang tidak menginginkan calon dari luar dan lebih mahu anak jati kawasan mereka untuk bertanding.

    ReplyDelete
  10. Liabiliti parti harus dilucutkan dari senarai.

    ReplyDelete
  11. Pasti satu persaingan giat antara pembangkang dan BN.

    ReplyDelete
  12. Let see what Najib strategy to place teh rigth candidates in coming election.

    ReplyDelete
  13. ba kalau ada calon baru nanti, jangan pula buat sabotaj.. kemudian umumkan akan tinggalkan parti..

    ReplyDelete