LABUAN: Ketua Penerangan
Umno Bahagian Labuan, Datuk Yussof Mahal berkata, Umno Bahagian Labuan akan
menyokong siapa juga calon BN yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk
bertanding di kerusi Parlimen Labuan dalam PRU ke 13.
Bagaimanapun katanya, calon
itu mestilah yang telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Labuan dan bukan calon
yang datang dari luar Bahagian.
“Umno Bahagian Labuan akan
menyokong calon yang telah ditentukan oleh pucuk pimpinan, tetapi calon itu
sebaiknya adalah calon yang datang dari Umno Bahagian” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap pada Majlis Malam Aspirasi dan Penutupan Kembara Merdeka Jalur
Gemilang (KMJG) peringkat Labuan yang diadakan di Hotel Aifa, kelmarin.
Yussof yang juga Ahli Parlimen
Labuan turut menasihatkan rakyat supaya tidak membuat sebarang andaian mengenai
calon yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti.
Katanya, soal calon biarlah
kita serahkan kepada Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Abdul Razak untuk membuat keputusan.
Menurut Yussof, memang tidak
dapat dinafikan soal lobi melobi untuk menjadi calon telah berlaku, namun ia
merupakan proses biasa yang sering dilalui oleh mana- mana bahagian ketika
menjelangnya pilihan raya.
Apa yang penting katanya,
rakyat perlu memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada BN yang
telah banyak berjasa dan sentiasa membela nasib rakyat.
Mengulas mengenai lawatan
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama
beberapa pemimpin tertinggi Barisan Pakatan Rakyat ke Wilayah Persekutuan
Labuan pada Ahad, Yusof berkata kehadiran yang hanya sekitar 1,000 orang itu
telah membuktikan rakyat Labuan tidak mudah terpengaruh dengan idealogi
pembangkang yang dibawa oleh Anwar Ibrahim, berbanding kira-kira 30,000
penduduk Labuan yang hadir semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul
Razak ke Labuan pada tahun lalu.
Pada majlis itu, Yussof
turut menyampaikan sijil penghargaan kepada lebih 20 agensi kerajaan dan
individu yang menyertai program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2012.
Hadir sama, Ahli Dewan
Negara, Senator Datuk Yunus Kurus, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Mohd
Rafi Ali Hassan dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Emily Claire
Joannes.
What we want is a winnable candidate. A candidate with clean and strong background.
ReplyDeleteCalon yang sentiasa memikirkan rakyat adalah calon yang tepat.
DeleteMengenai calon itu rasanya perlu dibincangkan lagi dengan pihak atasan.
ReplyDeleteLetakkan calon yang benar-benar diterima oleh penduduk. Kerana ini satu kemenangan yang dapat dilihat sudah dengan meletakkan calon yang disenangi oleh penduduk.
ReplyDeletepilih calon boleh menang.
Deletecalon yang benar mengutamakan rakyat akan menjadi pilihan utama rakyat.
DeleteYang penting jangan letakkan Yusof Mahal lagi. Kerana beliau sudah ada latarbelakang yang buruk.
ReplyDeletereputasi dia dah jatuh. .baik jgn calonkan dia.
Deleterasanya beliau telah digugurkan sebagai calon untuk PRU nanti.
DeleteLet see who the candidates been chosen. Hope the right candidates.
Deletecalon yang dipilih akan menentu kemenangan parti tersebut.
DeleteJika kita lihat sekarang ini pun masih ramai pemimpin yang berkebolehan dikawasna tersebut. Maka kita harap Datuk Najib akan memilih calon yang terbaik untuk Labuan nanti.
ReplyDeleteNajib will play his role to select the better candidates.
DeleteSebagai calon yang hendak dipilih latar belakang sebelum ini haruslah baik dan bersih daripada pelbagai jenayah dan sebagainya.
ReplyDeletekita harap saja yang terbaik untuk labuan dan pilihan PM Najib. hidup BN!
ReplyDeletepilih yang benar2 terbaik untuk dicalonkan.
ReplyDeleteRamai pihak sekarang ni yang tidak menginginkan calon dari luar dan lebih mahu anak jati kawasan mereka untuk bertanding.
ReplyDeleteLiabiliti parti harus dilucutkan dari senarai.
ReplyDeletePasti satu persaingan giat antara pembangkang dan BN.
ReplyDeleteLet see what Najib strategy to place teh rigth candidates in coming election.
ReplyDeleteba kalau ada calon baru nanti, jangan pula buat sabotaj.. kemudian umumkan akan tinggalkan parti..
ReplyDelete