Sunday 21 October 2012

AKTIVIS GMI DIHALANG MASUK KE SABAH





Oleh : MOHD HISYAM MOHD JAIS

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Negeri Sabah hari ini melahirkan rasa kesal atas tindakan kerajaan Negeri Sabah yang menghalang aktivis anak muda, Ahmad Syukri Che Ab Razab daripada memasuki negeri ini.

Ahmad Syukri, yang juga aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ditahan oleh pihak Imigresen Sabah sejurus tiba di Lapangan Terbang-Terminal 2 Kota kinabalu kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Bagaimanapun, beliau telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari tadi.

GAMIS turut difahamkan bahawa, penahanan beliau adalah arahan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

GAMIS yang dijadual akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Gerakan Mahasiswa, terpaksa berprogram tanpa beliau, yang sepatutnya mengisi slot dalam program berkenaan.

GAMIS jelas dengan kekecewaan ini dan menganggap Datuk Seri Musa Aman gagal menyembunyikan ketakutan, oleh sebab itu halangan demi halangan dibuat bagi menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment