Saudara Pengarang,
KAMI, Ajk PIBG SMK Ulu Sapi merayu
Kementerian Pelajaran menimbangkan semula pembinaan SMK Ulu Sapi baru di Kg. Bintang
Mas dan tidak mempolitikkan hak persekolahan anak kami.
Kami mahu SMK Ulu Sapi dibina
di tapak Kg.Toniting, tapak yang amat strategik dan mempunyai prasarana yang
banyak. Jangan gelapkan masa depan anak kami hanya kerana kesenangan segelintir
pemimpin.
Sesungguhnya, hari ini harus
lebih baik dari kelmarin dan hari esok harus lebih baik daripada hari ini.
Salam Hormat,
ROGER
No comments:
Post a Comment