Saudara Pengarang,
KAMPUNG Sembirai, Kota Belud
boleh dimasukkan ke dalam buku Guinness Book Of World Record sebagai 'Kampung
Tanpa Air' (KTA) sedangkan Kota Belud mempunyai beberapa batang sungai yang
cantik, jernih dan berair deras.
Masalah air ini telah
berlarutan hampir berdekad lamanya tetapi langsung tidak diambil perhatian oleh
Adun dan Ahli Parlimen. Namun jika Wakil Rakyat dan Jabatan Air tidak dapat
berbuat apa-apa tentang masalah air ini, saya mencadangkan agar mereka berundur
secara terhormat sebelum ditolak rakyat dalam PRU-13.
Projek NKRA Bekalan Air Luar
Bandar hanyalah cerita dongeng Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
yang hanya mahu mengaut keuntungan melalui projek 'Top-up' sedangkan penduduk
terus menanti air yang tidak kunjung tiba sekalipun sungai tidak berhenti
mengalir sedangkan penduduk menunggu 'Janji Najib Ditepati'
Salam Hormat,
JIKA DULLAH
No comments:
Post a Comment