Oleh : NIGEL AW
MAJLIS Ahli Parlimen BN
(BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk
menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Timbalan Ketua BNBBC, Abdul
Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada
akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai
hasil.
"Setiap kerajaan negeri
mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan
tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.
Sebagai contoh, katanya,
jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun
amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan
kepada akaun yang disatukan.
"Ini satu bentuk
perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.
(mkini)
No comments:
Post a Comment