SERAH.....Antodin
Gandis cawangan Kg.Makaniton menyerah borang keahlian.
Oleh: JACKSON LU
TENOM: Pembantu Menteri
kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh menegaskan bahawa adalah menjadi
harapannya agar kerajaan dapat mempercepatkan perlaksanaan projek pembangunan
infrstruktur terutama menaiktaraf beberapa batang jalanraya dikawasan Dun
Melalap termasuk permohonan untuk membina jalanraya menghubungkan antara Tenom
ke Rayoh dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, beberapa
cadangan pembangunan telah pun dikemukakan kepada kerajaan sebelum ini namun
beliau kesal sedikit kerana pelaksanaannya tidak dapat dimulakan sebelum
kelulusan mutlak diperolehi daripada kerajaan.
“Bila kelulusan lewat
diterima menyebabkan ada sesetengah rakyat tidak faham mengapa ia terlalu lewat
(tetapi) kita juga kena faham mereka ini kerana mereka juga memerlukan
pembangunan yang pesat. Jadi kita kenalah turun padang fahamkan mereka,” kata
beliau dalam satu majlis pemimpin bersama rakyat di Kg Sangkul Pulong baru-baru
ini.
Katanya, sungguhpun beberapa
permohonan pembangunan itu lewat sampai untuk dilaksanakan, namun ia tidak
bererti rakyat di sesuatu kawasan terus terhenti untuk mengemukakan permohonan
pembangunan mereka malahan pejabat beliau terus menerima semua permohonan yang
dikemukakan.
Beliau yang juga merupakan
Adun kawasan Melalap seterusnya berkata, beliau gembira mendapat tahu bahawa
projek pembinaan jambatan merentangi Sungai Pegalan di Kg Natanduan, sebagai
jalan pintas untuk menghubungi Taman Pertanian Sabah di Lagud Sebrang telah pun
selesai ditender di mana kerja-kerja pembinaan boleh dimulakan pada bila-bila masa.
Dalam pada itu, ketika
menyentuh Belanjawan Negara tahun 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato' Seri
Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini bersifat lebih mesra rakyat kerana ia
menfokuskan kepada kepentingan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.
“Kenapa kita katakan mesra
rakyat kerana belanjawan itu berupaya mengurangkan bebanan rakyat dari aspek
kos sara hidup di mana semua harga barangan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
diseragamkan.
“Kita berharap agar agensi
kerajaan yang ditugas mengawal harga barang supaya terus menjalankan pemantauan
dari semasa ke semasa supaya kesempatan ini tidak dimanipulasikan oleh pihak
yang mencari kepentingan, seterusnya menjadi bebanan kepada golongan
berpendapatan rendah, ” tegas Radin.
Di akhir majlis itu Radin
turut menerima penyertaan ahli baru untuk menyertai PBS seramai 35 orang yang
diketuai Antodin Gandis dari Makaniton dan Murni Undau Kg Sangkul Pulong. Turut
hadir dimajlis itu, Robert Samih (Pengerusi Penganjur), Kapitan Liew Foh Sin,
Stanis Buandi, Kapitan Chong Thau Yun, Kapitan Voo Chung Hing, Simon Mamat dan
Mollin Haji Morris.
Projek naik taraf harus diiteruskan.
ReplyDeleteBujet 2013 harus dikendali dengan bijak untuk membawa ekonomi berkembang pesat.
ReplyDeletePengendalian projek juga memerlukan masa. Semoga rakyat sabar menunggu.
ReplyDeleteTurun padang dan memahami keadaan sebenar dan mengambil langkah yang wajar.
ReplyDeleteProjek harus diberi kepada kontraktor yang benar bertanggung jawab, banyak juga projek mengalami kegagalan sebab kontraktor yang tidak bertanggung jawab.
ReplyDeleteThey must be responsible and complete the projects according to procedure and stipulated work order to fulfill the trust given by the government in upgrading public amenities
ReplyDeleteSemoga projek diberi kepada kontraktor yang benar bertanggung jawab.
Deletethe shoddy work would impact negatively on the people using the facility in question, especially in the rural areas.
ReplyDeleteRural and Regional Development Ministry has allocated RM41mil for basic infrastructure projects including water, electricity and roads in Kunak district.
ReplyDeleteSemoga peruntukan yang disalurkan akan digunakan dengan wajar.
DeleteRM16mil water supply project in Kampung Tingkayu and RM10.68mil Kampung Tanah Rata water project
ReplyDeleteShafie also announced RM350,000 allocation for the construction of rural roads in seven kampungs with each receiving RM50,000
ReplyDeleteBaguslah pembangunan dan projek naik taraf diberi perhatian.
DeleteWR rakyat harus pantau projek yang dilaksanakan.
ReplyDeleteBaguslah perhatian diambil untuk membaiki taraf kehidupan.
ReplyDeletemoga projek ini berjalan lancar.
ReplyDeleteDaripada bajet 2013, Sabah akan memperolehi RM2.2 bilion daripada projek jalan raya. Kira-kira RM100 juta daripadanya akan diberi menjelang akhir tahun. Ia juga dijangka untuk mendapatkan kira-kira satu perempat daripada RM140 juta untuk membangunkan jelapang padi seluas 5,000 hektar di Kota Belud, kira-kira 60km dari Kota Kinabalu.
ReplyDeleteKira-kira RM386 juta untuk Sabah, Labuan dan Sarawak untuk menubuhkan 57 kedai rakyat 1Malaysia yang menjual barangan lebih rendah harga untuk membantu mengekalkan harga pengguna rendah.
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah Musa Aman telah mengalu-alukan bajet Najib menyifatkannya dengan sebagai "sangat penyayang, jujur dan realistik".
ReplyDelete