BUKTI....
Rudy menunjukkan dua set dokumen warga asing yang mendapat MyKad dan yang satu
lagi warga tempatan tidak diluluskan permohonannya untuk mendapatkan dokumen
pengenalan diri.
Oleh : MUTALIB M.D
PENANGKAPAN dua rakyat
Malaysia, Rafik Mohammed Aaref and Mohammed Razin Shaaban di Beirut, Lebanon
beberapa hari lalu atas tuduhan terlibat dengan kegiatan Al-Qaeda setelah
direkrut oleh Mustapha Mansour di Malaysia sejak 2007; sewajarnya membuat
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menubuhkan Tribunal
Khas Dalaman untuk menyiasat isu kerakyatan songsang di Sabah; tanpa menunggu siasatan Panel RCI.
Segala penafian dan
teka-teki Hishamuddin semakin terjawab dengan pendedahan terbaru yang dibuat
oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman
Mairi, berhubung kerakyatan 'sonsang' seorang warga Pakistan, Ihsan Ullah Said Ghani kerana melibatkan kelulusan menteri
berkenaan sendiri.
"Rakyat Sabah inginkan
penjelasan bagaimana Ihsan Ullah boleh mendapat kerakyatan Malaysia dalam masa
tidak sampai satu tahun setelah memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan. Tidak
mustahil jika Ihsanullah sebahagian rangkaian Al-Qaeda kelak?"
Menurut Rudy, Ihsan Ullah
meninggalkan Lapangan Terbang Karachi, Pakistan pada 13 Jun 2010 setelah Pesuruhjaya
Malaysia di Islamabad meluluskan Single Entry Visa selama 3 bulan bermula 18
Mei 2010 sehingga 17 Ogos 2010 dan beliau tiba di Sabah pada 14 Jun 2010.
PASPORT.....Pasport Pakistan yang dikeluarkan kepada Ihsan Ullah pada 4 Mac 2010.
PASPORT.....Pasport Pakistan yang dikeluarkan kepada Ihsan Ullah pada 4 Mac 2010.
VISA....Single Entry Visa yang dikeluarkan Pesuruhjaya Malaysia di Karachi, Pakistan.
"Undag-undang apa yang
digunakan untuk meluluskan kerakyatan segera Malaysia kepada warga Pakistan ini dalam
masa yang begitu singkat, tanpa melalui saringan?" tanya Rudy yang menunjukkan surat kelulusan
warganegara Malaysia yang dianugerahkan kepada Warga Pakistan itu dan ditandatangani
oleh Hishamuddin sendiri; berbanding rakyat Sarawak yang terpaksa meunggu selama lebih 30 tahun untuk mendapat Permit Masuk (PR) sebagai rakyat Sabah.
Tanya Rudy lagi, apakah ini
Modus Operandi baru memberi kerakyatan segera kepada warga asing yang mendapat MyKad
Projek Mahathir untuk membawa anak isteri mereka daripada negara asal berdasarkan
'Loop Holes' yang boleh dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan?
Jika Modus Operandi ini
berleluasa, maka kata Rudy, 3.1 juta Warga Asing yang mendapat kerakyatan
songsang di Malaysia (1.7 juta berada di
Sabah) akan meningkat secara mendadak kerana jika setiap keluarga membawa masuk
lima hingga enam anak yang berusia di bawah 21 tahun, maka jumlah rakyat
'Malaysia' yang mendapat kerakyatan songsang akan bertambah lima kali ganda.
Kata Rudy, Hishamuddin adalah
antara Menteri Kabinet paling lantang menafikan isu kerakyatan songsang
sekalipun Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip
Bumburing mengemukakan memorandum dan Panel RCI hanya ditubuhkan
setelah Bumburing dan rakannya Ahli Parlimen Malaysia (Beaufort) Datuk Seri
Panglima Lajim Haji Ukin meletakkan jawatan dan keluar daripada Barisan
Nasional.
"Kita ingin tahu
tongkat sakti apa yang Hishamuddin pakai bagi membolehkan beliau meluluskan
Taraf Warganegara Malaysia kepada Ihsan Ullah yang dilahirkan di Buner, Pakistan
pada 5 Januari 1993; sedangkan ratusan ribu Anak Jati Sabah masih menjadi
pelarian di negeri sendiri?," tanya Rudy.
Kata Rudy, beliau amat
hairan kerana Pas Lawatan Ihsan Ullah tamat tempoh sejak masuk ke Malaysia pada
14 Jun 2010 dan tinggal secara 'haram' di Malaysia, sehinggalah Menteri Dalam
Negeri melalui surat Bil KDN (S) 158/560/2/2-90933 (7) bertarikh 16 Disember
2011, yang dialamatkan kepada bapa pemohon, Said Ghani Bin Abdul Nabi memaklumkan
anaknya Ihsan Ullah telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Tegas Rudy, mengikut Pas
Lawatan Sementara IMM13 PA 0622787 IMM13 (rujukan BVP/PLS/12011-51642)
dikeluarkan pada 12 Ogos 2011 oleh Pejabat Imigresen Keningau dengan bayaran
RM110 yang dilekatkan di pasport Pakistannya; Ihsan Ullah dibenarkan berada di
Sabah dan Semenanjung Malaysia sehingga 6 September 2012 atas dasar Anak kepada
warganegara berhubung Sabah, Said Ghani Bin Abdul Nabi Kad Pengenalan
560806-12-5175 (H0480263) selaras kelulusan dalam mesyuarat JKTPV Bil 08 Tahun
2010 pada 06.09.2010.
Kata Rudy lagi, dalam pas
lawatannya PC2299064 bertarikh 29 Ogos 2012, Ihsan Ullah dibenarkan tinggal di
Malaysia sehingga 06 September 2013 sedangkan dalam masa yang sama beliau
memiliki Mykad bernombor 930105-76-5095. Jika sudah ada MyKad, kenapa harus
memperbaharui PLS lagi?
Mengikut semakannya dengan
Jabatan Pendaftaran Negara, kata Rudy, MyKad Ihsan Ullah dikeluarkan pada 12
Oktober 2012 sedangkan dalam masa yang sama Ihsan Ullah masih memegang PLS dan
Pasport Pakistan.
"Apa istimewanya warga
Pakistan dan Filipina kerana mereka tidak perlu ke luar negara untuk
memperbaharui Visa atau PLS mereka kerana ada orang tengah yang mempunyai
hubungan dengan Jabatan Imigresen boleh 'menerbangkan' pasport mereka untuk
dicop keluar di Merapok Sarawak sebelum cop masuk kembali melalui pintu
imigresen yang sama," kata Rudy sedangkan pada hakikatnya, Kedutaan Pakistan yang terdekat
ialah di Brunei, bukannya Sarawak.
Rudy menegaskan beliau agak
terkejut kerana Permohonan MyKad Ihsan Ullah dibuat bapanya
melalui Permohonan 12071012-20121022-102629-52 di Jabatan Pendaftaran Kota
Kinabalu (WG12004834) pada 23 Julai 2012 telah diserahkan pada 22 Oktober 2012 berdasarkan kelulusan kewarganegaraan oleh KDN pada 16 Disember 2011.
Tegas Rudy lagi, Ihsan Ullah memegang Pasport Pakistan DA2740721 yang dikeluarkan pada 4 Mac
2010 dan masih berkuatkuasa sehingga 4 Mac 2015 iaitu memegang kerakyatan dua
negara.
"Jika Hishamuddin mahu
tahu atau berpura-pura tidak tahu sebelum ini, bapa Ihsanullah ialah pemegang
IC Projek Mahathir yang dikeluarkan pada 1991 kerana kad pengenalan lamanya
bernombor H0480263 dan kini memegang MyKad bernombor 560806-12-5175," kata
Rudy yang merujuk nombor siri berkenaan terdapat di Muka Surat 257, buku IC
Projek Agenda Tersembunyi Mahathir? (Bab Ops Gembling @ X-Files).
Kini sudah jelas kata Rudy,
bapa Ihsan Ullah adalah Warganegara Pakistan yang diberi kerakyatan songsang
melalui Ops Gembling sekalipun memegang kod kelahiran 12 iaitu di Sabah
berbanding Ihsanullah 76 iaitu di Pakistan.
Warga Pakistan yang mendapat
kerakyatan songsang seperti Said Ghani Bin Abdul Nabi dan sudah pastinya telah
direkrut sebagai pengundi tegar BN, seperti cabutan rekod SPR berikut;
"Setelah mereka
mendapat kerakyatan Sabah, maka mereka menyalahgunakan kelonggaran
undang-undang di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu Permohonan
Taraf Kewarganegaraan bagi Anak Kepada Warganegara Yang Berumur Kurang Daripada
21 Tahun untuk membawa anak mereka dari Pakistan menjadi warganegara
Malaysia," kata Rudy yang meminta pembaca Sabahkini.net merujuk ke link berikut.
Sehubungan itu tegas Rudy,
beliau terkesima apabila bukti berada di hadapan mata setelah Ihsan Ullah yang
berusia 19 tahun telah diluluskan kerakyatan Malaysia ketika beliau masih
berada di Pakistan dan mendapat kerakyatan tanpa saringan keselamatan yang
ketat.
PERMOHONAN......Begitu mudah Warga Asing yang mendapat kerakyatan songsang memohon MyKad untuk anak mereka yang berada di Pakistan dan diluluskan dalam masa yang singkat.
MYKAD.....Bertuahnya Ihsan Ullah kerana permohonan Mykadnya diluluskan JPN pada 12 Oktober 2012 dalam masa tidak sampai setahun selepas Hishamuddin meluluskan kewarganegaraannya.
BELAKANG.....Salinan muka belakang MyKadnya bernombor 930105-76-5095 yang tiba 10 hari sahaja selepas JPN meluluskannya.
PLS......Pas lawatan sementara ini dikeluarkan kepada Ihsan Ullah berdasarkan taraf kerakyatan bapanya sebagai Warganegara Sabah berakhir pada 6 September 2012.
Dengan jumlah anggaran 60,000 warga Pakistan yang mendapat kerakyatan Malaysia dan diberi kad pengenalan yang dikeluarkan JPN Sabah, maka tidak hairan jika mereka akan membawa masuk lebih 500,000 anak-anak dan isteri mereka ke Sabah melalui Fasal 15 (1) dan 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Rudy menegaskan bahawa
adalah lebih wajar jikalau kerajaan melakukan penyiasatan ke atas perkara
tersebut secepat mungkin kerana dipercayai telah berleluasa di negeri, termasuk
di seluruh pelusuk pedalaman.
ORANG KITA.....Agak menghairankan setelah Orang Sabah dilantik sebagai Pengarah Imigresen, perkara sebegini boleh berlaku. Warga asing bebas keluar masuk dan menetap di Sabah sedangkan mereka menggunakan 'Pasport Terbang'.
Dalam pada itu, satu
perkembangan berasingan, Rudy turut terkilan dengan sikap tidak bertanggung
jawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Junis bin Amat @
Akucai, 48, suku kaum Murut untuk mendapat dokumen pengenalan diri untuk 4
orang anaknya.
Tegas Rudy lagi, Junis telah
beberapa kali mengajukan masalahnya ke pihak atasan JPN namun alasan yang
diberi amat mengecewakannya iaitu JPN mendakwa Junis berkahwin dengan orang
asing; sedang mengikut amalan undang-undang yang sedia ada, kes sebegini tidak
menjadi masalah atau kekangan bagi permohonan Junis untuk diluluskan .
Dalam pada itu, Junis ketika
ditemui, masih dalam kebingungan memikirkan malang yang menimpa keluarganya kerana
anak sulungnya, Azman yang dilahirkan tahun 1998 akan menghadapi PMR; anak
keduanya Aznil lahir pada 1999, anak ketiga Aishawati dan Asyikah juga akan
menghadapi masalah yang sama.
Junis yang seolah-olah
pasrah dengan keadaan itu, kini tidak langsung bersemangat apabila memikirkan
bahawa besar kemungkinan masa depan persekolahan anaknya akan terjejas sekiranya JPN masih berdegil
untuk tidak meluluskan dokumen pengenalan diri mereka.
“Apakan daya saya seorang
kerdil, miskin dan tidak berupaya. Tiada apa yang saya dapat lakukan dan
berbeza pula dengan orang yang berharta dan punya wang yang banyak, dokumen
boleh diurus dengan sekelip mata,” keluh Junis sambil menitis air matanya
kesalnya.
let the authorities conducting the investigation
ReplyDeleteIf the truly guilty should be punished accordingly
ReplyDeleteKira-kira 40,000 penduduk di Sabah menghadapi masalah dokumentasi kerana tidak memiliki sijil kelahiran. Di daerah Semporna sahaja dianggarkan 4,000 kanak-kanak berhadapan masalah itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
ReplyDeleteAntara punca masalah itu berlaku adalah kerana lewat mendaftar sijil lahir atau kad pengenalan.
ReplyDeleteMasalah lewat mendaftar sijil lahir berlaku disebabkan kurangnya tahap kesedaran masyarakat tempatan akan kepentingan mendaftar kelahiran pada masa yang ditetapkan.
DeleteMereka ini lebih suka menunggu lawatan pendaftaran bergerak dari Unit Khas Bergerak (UKB) ke tempat mereka bagi mengelakkan membayar kos tambang yang mahal untuk ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran, tiada sijil pernikahan kerana berkahwin secara adat dan berkahwin dengan warga asing.
ReplyDeletesiasat hal ini, RCI perlu ditubuhkan.
ReplyDeleteSelain itu, masalah berkahwin lebih daripada satu, tidak berdaftar dengan alasan tiada kad rawatan klinik kerana bersalin menggunakan khidmat bidan kampung, datang memohon tanpa ibu bapa kandung serta mengaku sebagai anak kandung kepada ibu bapa angkat
ReplyDeletejika Ihsan Ullah menggunakan kod 76 dalam kad pengenalannya, bagaimana pula dengan pemimpin2 Pakatan Rakyat seperti Wan Azizah, Azmin, Saifuddin dan Zuraidah yang menggunakan kod 71 dalam kad pengenalan mereka??
ReplyDeleteSAPP bising bila ada pihak memiliki kod 76 dalam IC mereka, tapi SAPP senyap bila pemimpin2 PR juga memiliki kod luar negara seperti itu.. sepatutnya SAPP bongkar dahulu kerakyatan songsang dikalangan pemimpin2 PR yang bakal memerintah negara ini..
ReplyDeletejika PR memerintah, tidak mustahil jumlah warga asing akan berganda di negara ini kerana pemimpin2 PR juga terdiri dari warga asing..
ReplyDeleteIC khas yang dicadangkan SAPP juga tidak mustahil akan disalahgunakan oleh pemimpin2 SAPP sekiranya parti ini diberikan mandat memerintah.. maklumlah tidak ada kawalan dari kerajaan pusat.. so senanglah mereka memberikan kerakyatan songsang di Sabah bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka..
ReplyDeletesedangkan presiden SAPP Yong Teck Lee juga pernah menggunakan pengundi warga asing untuk menang pilihanraya bagi kerusi dun likas..
ReplyDelete