Oleh : JUSTIN INGIN
SAYANG semuanya sudah
terlambat. Kenapa baru sekarang pemimpin-pemimpin BN Sabah (UMNO, PBS, UPKO,
PBRS) bercakap tentang NCR? Kenapa bukan dari 16 September 1963 lagi? Kenapa
undang-undang tanah NCR tidak dikuatkuasa selama itu? Kenapa lebih 49 tahun
undang-undang tanah tidak dikemaskini?
Kenapa sudah lebih 80%
kawasan tanah pertanian yang sesuai dan mencakupi kawasan perkampungan dan
tanah-tanah NCR penduduk asal Sabah dirampas oleh Syarikat-syarikat Kapitalis
Malaya, baru Ketua Menteri Sabah bercakap tentang NCR?
Penduduk asal Sabah jangan
tertipu dan termakan tipu helah dan muslihat politik sabun BN (UMNO) ini!
Cukuplah 49 tahun penduduk asasl Sabah ditipu, diperalat, dieksploitasi dan
dijajah oleh pemimpin-pemimpin dan Kapitalis Malaya ini.
Ingatlah!, dengan
memperkudakan pemimpin-pemimpin boneka BN Sabah ini, maka mereka telah berjaya
mengeksploitasi sumber kekayaan Sabah, merampas hak dan kepentingan penduduk
asal, dan menjadikan penduduk asal sebagai pelarian dan pengemis di bumi
sendiri!
Disebabkan kerakusan dan
ketamakan untuk terus berkuasa, mereka akan terus menipu dan mengaburi mata dan
kefahaman penduduk asal dengan janji-janji dan bantuan-bantuan kilat, macam mee
segera. Lepas makan, kehidupan penduduk asal tidak berubah dan kekal sebagai
rakyat miskin tegar!
Hal ini berlaku kerana
hak-hak dan kepentingan, maruah, jati diri dan nasionalisme mereka telah
tergadai disebabkan permainan pemimpin-pemimpin zaman siber ini. Kenapa hanya
selepas United Borneo Front (UBF) membuat kajian dan State Reform party (STAR)
Sabah menggubal Pelan Induk Pengurusan Tanah NCR , baru pemimpin-pemimpin BN
Sabah ini sibuk-sibuk bercakap pasal tanah NCR?
Bukankah selama ini mereka
buta, pekak dan bisu tentang NCR? Bukankah selama ini mereka membiarkan
tanah-tanah perkampungan dan tanah NCR penduduk asal dirampas Syarikat
Kapitalis Malaya?
Telah sekian lama mereka
bersubahat rakus dengan kapitalis-kapitalis Malaya meneroka habis beribu-ribu
hektar kawasan tanah pertanian yang sesuai di Sabah, yang sepatutnya
dihakmilikkan kepada penduduk asal Sabah, bukannya kapitalis asing!
Dalam kebanyakan kes masalah
tanah, penduduk asal Sabah yang kebanyakannya golongan yang kurang bernasib
baik, bersendirian berjuang mati-matian mempertahankan hak milik mereka ke atas
kawasan tanah perkampungan dan tanah-tanah NCR.
Tetapi setiap kali ada kes,
tidak ada seorangpun pemimpin BN Sabah (UMNO, PBS, UPKO, PBRS) yang tampil
membantu mempertahankan hak milik tanah mereka, dan membantu memberi sokongan
hitam putih atau khidmat guaman.
Apa yang berlaku, penduduk
asal dengan segala kekurangan kewangan dan pengetahuan undang-undang tentang
tanah, terpaksa meminta khidmat guaman daripada peguam-peguam bebas dan NGO.
Ternyata isu-isu tempatan
dan nasional seperti Dasar Kabotaj, RCI, NCR, Projek IC, Pengundi Hantu,
Kewarganegaraan Songsang, Borneonisasi, 20 Perkara (Sabah), 18 Perkara
(Sarawak), Perjanjian Malaysia 1963, dan 7 Agenda Borneo tidak terfikir oleh
mereka.
Mungkin mereka sudah cukup
selesa dan mahu menjaga periuk nasi, sudah mabuk kuasa. Kebanyakan isu besar
yang sedang diperdebatkan sekarang, mereka hanya menumpang idea Presiden UBF,
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.
Mereka hanya mampu
menciplak, meniru atau memplagiat idea dan pemikiran orang lain, dan tidak
mampu menjana pemikiran untuk mencetus idea perubahan, inovasi baru, atau
mencari pembolehubah baru bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Apa yang berlaku sekarang
kadar inflasi, kadar kemiskinan, harga barangan keperluan harian, harga bahan
api, kos pengangkutan, kos sara hidup rakyat dan hutang negara terus meningkat!
Pemikiran, perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan tindakan pemimpin-pemimpin
lama ini nampaknya sudah uzur, obsolete, dan jumud bersama sistem feudalisme
dan amalan politik monarki lama yang lapuk dan haprak.
Untuk menghadapi perubahan
dunia globalisasi, Sabah memerlukan sistem baru, pemimpin-pemimpin generasi
baru yang berilmu pengetahuan tahap tinggi, berketrampilan, berwawasan,
berinovasi, berintegriti, amanah, bertanggungjawab dan bersifat 'marketable'
bagi memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat.
No comments:
Post a Comment