Tuesday 30 October 2012

PENDIDIKAN WADAH INTEGRASI NASIONAL





KOTA KINABALU : Pendidikan yang ditekankan dalam Gagasan 1Malaysia, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan wadah penting untuk memantapkan perpaduan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Oleh itu, katanya, pengemblengan tenaga dan kerjasama semua sangat penting bagi memastikan semua cabaran itu dapat dipikul serta dilaksana dengan jayanya.

Bagaimanapun, Salleh berkata pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan dengan nilai.

"Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca, sama ada melalui buku atau pun Internet, akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia.

"Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Pendidikan Khas di Dewan Maksak, dekat sini Selasa. (Bernama)

No comments:

Post a Comment