BUKTI.....Manja
menunjukkan dua kerusi roda (kiri dan kanannya) yang diterimanya daripada
Pejabat Parlimen Beluran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Gambar sisipan
Pengerusi JKKK Kg Pulau Keniongan, Datu Madlis.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
TINDAKAN pemimpin parti
pembangkang yang menjelajah keberapa buah kampung termasuk Kampung Pulau
Keniogan di DUN Labuk dan Parlimen Beluran sambil menabur pelbagai fitnah dan
menghasut rakyat supaya tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 nanti,
disifatkan sebagai sudah kehabisan modal.
Walaupun tujuan mereka
menfitnah kerajaan BN/UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat yang sedia
terjalin sekian lama, namun tidak sedikitpun melemah atau mematahkan semangat
terhadap perjuangan para penduduk kampung tersebut, malahan terus setia kepada
BN dan UMNO.
Pengerusi Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung Keniogan, Datu Madlis Aziz berkata, mereka
membuat dakwaan sesuka hati tanpa mengetahui isu sebenar yang mereka suarakan
termasuk di laman sosial dan media alternatif.
"Kami di Keniogan
menjalani kehidupan sederhana dalam suasana bersatu padu dan saling memahami
serta bersyukur dengan perhatian yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional
dalam membantu penduduk di sini yang kebanyakannya golongan nelayan.
"Janganlah perpaduan
kami dipecah belahkan oleh parti pembangkang dengan menabur fitnah dan
menggunakan isu yang mereka tidak tahu faktanya," katanya dalam satu
kenyataan di sini, kelmarin.
Madlis yang juga Ahli Jawatankuasa
Umno Bahagian Beluran berkata demikian bagi mengulas isu yang disiarkan di Sabahkini.net mengenai
dakwaan ada pemimpin Umno merampas sebuah kerusi roda milik seorang OKU ketika
menghadiri Majlis Angkatan Perubahan Sabah (APS) di pulau itu, baru-baru ini.
Mengulas perkara itu, Madlis
berkata soal isu OKU terbabit yang dikenali sebagai Simanja, sebenarnya tiada
sesiapa yang merampas kerusi rodanya.
Sebaliknya, OKU terbabit
masih memiliki dua lagi kerusi roda yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Beluran
Datuk Ronald Kiandee dan terbaru sebuah lagi sumbangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
Bagaimanapun, beliau berkata
pada masa kejadian, OKU itu tidak memakai dua kerusi rodanya, sebaliknya meminjam
kerusi roda milik isteri Madlis yang mengalami sakit kaki menyebabkan sukar
berjalan sumbangan Hospital Beluran.
Katanya, pada hari yang
sama, SiManja telah menggunakan kerusi roda tersebut ketika menghadiri satu
majlis yang dianjurkan oleh APS.
Menurut Madlis dia dan
isterinya balik ke pulau itu dari Sandakan pada hari yang sama lalu pergi
mengambil kerusi roda yang dipinjam oleh OKU itu untuk kegunaan isterinya di
rumah.
Beliau berkata siManja
kemudian menyerahkan kerusi roda itu dan kemudian mengambil sebuah kerusi roda
yang terdapat di rumahnya dengan bantuan penduduk kampung.
Madlis berkata tiada soal
merampas kerusi roda dan selain itu, OKU terbabit juga menerima bantuan lain
daripada kerajaan iaitu sebuah rumah dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat
Termiskin dan elaun bulanan daripada Jabatan Kebajian Masyarakat.
Sehubungan itu, Madlis kesal
kerana pembangkang mula menggunakan taktik kotor yang hanya pandai mencipta isu
yang tidak wujud bagi menjatuhkan imej Ahli Parlimen Beluran dan pemimpin UMNO
yang amat prihatin terhadap rakyat.
No comments:
Post a Comment