Saudara Pengarang,
PIHAK Kawal Selia Padi di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menyatakan ingin
membuat rombakan pembahagian beras GSR 15% secara adil dan sama rata kepada
semua pengusaha pemborong beras di negeri Sabah.
Tetapi sehingga kini tidak
ada sebarang tindakan yang di ambil, hanya khabar angin sahaja umpama indah
khabar dari rupa. Pemborong bumiputra berasa amat kesal dengan ketidak adilan
dari pihak MOA yang berat sebelah dan lebih mengutamakan pemborong 'Bukan
Bumiputra'.
Sebagai contoh pembahagian
kuota khas yang tidak wajar di mana pemborong beras ini telah mendapat kuota
khas ini secara konsisten setiap bulan sebanyak 30 metrik tan yang telah dibantu
oleh orang dalaman.
Di manakah pihak MOA dan kerajaan
yang menjanjikan untuk membantu rakyat terutama bumiputra yang berada di Sabah
ini? Mana bukti 'Janji Ditepati' atau mungkin tiba masanya kami menepati janji
untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat kerana BN tidak lagi memerlukan
kami?
Salam Hormat,
RAKYAT TERPINGGIR
Datuk Rahman Dahlan selaku BOD Bernas rasanya perlu ambil perhatian terhadap perkara ini. Pertahankan HAK bumiputra Sabah.
ReplyDelete