Monday, 29 October 2012

DEMO DI PUTRAJAYA, RUNGSING DEEPAVALI SURAM





WALAUPUN Deepavali tinggal lagi dua minggu, kira-kira 40 peniaga kecil hari ini berhimpun di Putrajaya bagi menarik perhatian perdana menteri supaya campur tangan dalam isu pemindahan bazar mereka sempena perayaan cahaya itu.

Di bawah matahari terik, mereka menaikkan pelbagai kain rentang dan melaungkan pelbagai slogan yang menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan memindahkan bazar mereka di Jalan Tun Sambathan ke Jalan Berhala.

Mereka mendakwa tindakan itu menjejaskan mata pencarian mereka.

"Tinggal dua minggu lagi sebelum bazar habis. Perniagaan di kawasan baru sangat teruk. Saya tidak akan dapat balik pelaburan saya jika mereka tidak benarkan kali kembali (ke tempat asal)," kata seorang peniaga pakaian yang kecewa Joseph Nathan.

Perhimpunan itu dianjurkan ekoran perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar didakwa gagal menerbitkan keputusan yang memuaskan.

No comments:

Post a Comment