KOTA KINABALU : Parti
Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahu mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sook
dan Parlimen Pensiangan, mewakiliBarisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum
(PRU) ke-13.
Presiden PBRS Tan Sri Joseph
Kurup berkata parti itu sedia meletakkan calon yang sesuai dan mana-mana pihak
harus menghormatinya atas dasar semangat setiakawan sebagai sebahagian parti
komponen BN.
“Kerusi yang kami ada
sekarang ini sememangnya kami akan pertahan dan soal siapa calon, kami akan
beritahu kemudian.
“Saya pasti kita akan
mendapat peluang cerah untuk menghadapi sesiapa sahaja yang bertanding mewakili
BN (Sook dan Pensiangan),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan
penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Rakyat Berjaya Sdn Bhd
dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini, hari ini.
Kurup, yang juga Timbalan
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata semua keputusan bagaimanapun
terserah kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang mempunyai kriteria
bertepatan menghadapi PRU ke-13.
Ketika ini kerusi kawasan
Pensiangan diwakili Kurup sementara DUN Sook
oleh Datuk Ellron Angin. (Bernama)
Najib urged coalition members not to sabotage candidates nominated by the party leadership
ReplyDeletepeople of Sabah are wise and cannot be easily duped by the opposition
ReplyDeleteSabahans know that it was only through Umno and the Barisan Nasional that Sabah could enjoy continued development and their interests looked after.
ReplyDeletepeople of Sabah and Malaysia clearly understood that the most important agenda of the government was the National Transformation Programme
ReplyDeleteThe next general election is the most crucial for Barisan Nasional
ReplyDeleteBN semakin kehilangan kubunya di Sabah.
ReplyDeletemoga PBRS dan BN kekal kukuh di Pensiangan.
ReplyDeletePARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) terus kukuh di Pensiangan dengan penyertaan seramai 500 orang menyertai parti itu di Nabawan melibatkan 24 cawangan di mukim Pensiangan.
ReplyDeleteAhli-ahli itu terdiri daripada pengundi baru dan ahli-ahli dari kalangan belia yang tertarik dengan kepimpinan Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Presiden PBRS.
ReplyDeletePembangunan rancak di Parlimen Pensiangan sangat ketara sekali setelah Joseph Kurup sebagai ahli parlimen kami, beliau juga seorang yang prihatin sehingga sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menemui rakyat di kawasan terpencil.
ReplyDeleteKurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, mengatasi masalah kemiskinan adalah agenda utama Barisan Nasional, (BN) khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan dan kerajaan tidak pernah sama sekali berputus asa untuk mengeluarkan rakyat di kawasan itu dari belenggu kemiskinan dengan pelbagai pendekatan dan pembangunan.
ReplyDeleteKita tidak pernah berdiam diri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin di kawasan ini, hanya BN sahaja yang mampu membawa perubahan di Pensiangan untuk meneruskan agenda pembangunan-Kurup
ReplyDelete