Monday 15 October 2012

AWANG KADIN TANG Vs @ Jv JHL?





Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpeluang meningkatkan rating persepsi indeks Transparansi di kalangan rakyat Sabah jika menjalankan siasatan terperinci terhadap sistem pungutan sarang burung di Gua Gomantong yang kini dimonopoli oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Awang Kadin Tang.

Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi menjelaskan demikian setelah menerima laporan rasmi daripada Tim Pemantauan AMK PKR Sandakan dan laporan rasmi yang dibuat oleh penender sarang burung yang dibatalkan tender mereka tanpa pampasan setelah Kerajaan Negeri Sabah melanjutkan tempoh kontraktor sedia ada sehingga 30 Disember 2012.

"Jika kerja semudah ini tidak dapat disiasat SPRM, ada baiknya SPRM diswastakan. Kenapa sukar sangat untuk menjalankan siasatan? Bukankah syarikat milik Awang Kadin dan sekutunya berhutang sejumlah RM7 juta kepada Jabatan Hidupan Liar, tetapi mereka masih dibenarkan memungut sarang dan merompak wang rakyat?" tanya Citra yang mendesak agar SPRM menumpukan siasatan terhadap Pengarah Jabatan Hidupan Liar, Datuk Lawrentius Nambu.

Tegas Citra lagi, apa jasa Awang Kadin dan Lawrentius sehingga mereka dianugerahkan pingat P.G.D.K oleh Kerajaan Negeri Sabah sedangkan mereka adalah penjenayah kolar putih dan mendesak Kerajaan Negeri menarik balik pingat berkenaan sehingga kes tersebut selesai.



 

MALANG.....Siapalah manusia malang ini kerana membiarkan nama mereka digunakan Awang Kadin untuk mengkayakan diri sendiri?



CUKAI......Walaupun untung juta-juta tetapi tidak bayar cukai kerana tidak menyediakan akaun sejak 2003?

Menurut Citra, beliau tidak faham kenapa Jabatan Audit Negara tidak menjalankan siasatan berhubung tender sarang burung ini dan mencabar Pengarah Jabatan Audit Sabah meletak jawatan jika dalam masa yang sama turut menerima habuan daripada penjenayah kolar putih berkenaan.

"Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman wajar mengambil tindakan segera bagi membersihkan namanya yang turut terpalit kerana para penender sarang memaklumkan bahawa Awang Kadin mendakwa dirinya sebagai proksi Ketua Menteri; sama kesnya dengan Michael Chia," kata Citra yang turut meminta Ketua Menteri mengisytiharkan kepentingannya dalam tender sarang burung di Gua Gomantong.

Daripada kajian yang dijalankan pihaknya, Citra memaklumkan bahawa dua syarikat iaitu Laba Baik Sdn.Bhd yang menjalankan kontrak kerja memungut sarang burung di Lot 1 dan Takhta Jaya Sdn Bhd (Lot 6) adalah syarikat DORMANT kerana tidak pernah menghantar penyata akaun sejak 2003.

Agak menghairankan kata Citra, Lembaga Hasiul Dalam Negeri (LHDN) memburu peniaga kecil sehingga ke pasar malam, tetapi membiarkan dua syarikat mega ini melarikan cukai berjuta ringgit setahun. Buktinya mereka tidak pernah menghantar penyata akaun sejak 2003 lagi.

"Ajaib sekali kerana LHDN dan SSM tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka. Kita khuatir syarikat ini bukan sahaja melarikan cukai malah menggunakan PATI untuk menjalankan kontrak kerja berkenaan," kata Citra yang memaklumkan bahawa Lot 1 diserahkan kepada syarikat Ali Baba daripada Sarawak iaitu Muntiara Unimas Sdn.Bhd.




ANAK.....Zakaria menggunakan nama anaknya sebagai nominee turut merompak harta nenek moyang orang Sungai sekalipun menjadi Pengerusi SABAS?



RUGI.....Jika syarikat ini rugi bagaimana boleh mengambil tender memungut sarang burung bernilai  berjuta ringgit?

Tegas Citra lagi, sesuatu yang amat luar biasa kerana Awang Kadin telah memonopoli empat tender sekalipun syarikatnya, Akin Enterprise hanya syarikat milikan tunggal dan bukannya syarikat Sdn.Bhd sebagaimana yang disyaratkan dalam tender.

Menurut siasatan tim pemantau AMK PKR, Citra memaklumkan Awang Kadin telah mendapat tender untuk empat konsesi iaitu Lot 1, Lot 3, Lot 5 dan Lot 7 dan memegang tender Lot 1 sejak 9 tahun lalu; sebelumnya melalui syarikat Marcu Mahsur Sdn.Bhd.

Pemungutan sarang bagi Lot 3 dan Lot 5 dijalankan oleh subkontraktor Quality Sdn.Bhd daripada Sarawak, manakala Lot 1 dan Lot 7 masih kekal dijalankan oleh Muntiara Unimas Sdn.Bhd, juga daripada Sarawak.

Dalam pada itu, Citra turut mendedahkan bahawa ADUN Gum Gum, Datuk Zakaria Edris turut mempunyai kepentingannya dalam Lot 6 dengan menamakan anaknya, Siti Rafizah sebagai Nominee dalam syarikat Takhta Jaya Sdn.Bhd dan turut melantik syarikat Ali Baba, Aming dan Dao daripada Sarawak sebagai subkontraktor; sekaligus menafikan peluang rakyat tempatan.


No comments:

Post a Comment