Wednesday 10 October 2012

'IBU AYAM' DIPENJARA DUA TAHUN





PENJARA.....Mak dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah.

Oleh : CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Akibat tergamak memperdagangkan seorang remaja perempuan warga asing bagi tujuan pelacuran, seorang wanita tempatan berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin.

Mak Gonda Ab Rahman dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Caroline Bee Majanil, selepas  mengaku bersalah memperdagangkan mangsa berusia 13 tahun bagi maksud eksplotasi, pada 27 September lalu jam 2 petang di sebuah bilik hotel,Jalan Hj Yaakub, Kg Air, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeledupan Migram 2007, yang diperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu mengetuai sepasukan anggota polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu telah menjalankan pemerhatian di kawasan Kg Air. Semasa pemerhatian, tertuduh sedang memegang tangan mangsa yang berjalan dari perhentian teksi Kg Air.

Pengadu bersama pasukannya kemudian mengekori kedua-duanya dan melihat mereka masuk ke sebuah hotel. Tertuduh dipercayai menghantar mangsa kepada seorang pelanggan. Apabila tertuduh turun ke lobi, pengadu bertindak menahannya.

Hasil soal siasat, tertuduh mengaku mangsa adalah anak kandungnya dan memperdagangkan untuk pelacuran dengan bayaran RM80 hingga RM150 untuk seorang pelanggan. Pengadu bersama pasukan anggota menyerbu bilik terbabit dan telah dibuka oleh seorang lelaki.

Setelah siasatan dijalankan kepada mangsa, mangsa memberitahu tertuduh bukan ibunya. Sebaliknya, dia bekerja dengan tertuduh sebagai pencuci pinggan di Tawau. Mangsa telah dibawa ke ibu kota dan tinggal di sebuah penginapan di Kg Air dan didagangkan bagi tujuan perkhidmatan seks.

Terdahulu, Mak yang mempunyai enam orang anak merayu agar hukumannya diringankan dan mengaku telah melakukan kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Dia juga menyatakan kepada mahkamah, dia mengalami penyakit asma dan suaminya telah tua.

Timbalan Pendakwaraya Monica Linsua menegaskan hukuman berat harus dijatuhkan demi kepentingan awam dan keseriusan kesalahan yang mengeksploitasi mangsa demi tujuan pelacuran.

“Mahkamah mesti mempertimbangkan fakta, tertuduh telah membawa mangsa ke ibu kota tapi sebaliknya telah dijadikan pelacur. Mangsa mengalami trauma dan takut kepada tertuduh dan ingin kembali kepada ibu bapanya di Tawau,” katanya. (UB)

No comments:

Post a Comment