Sunday 14 October 2012

KEMPEN DERMA RM10 UNTUK SABAHKINI.NET



 



Oleh : AG HALIM AG DAMIT

DALAM usaha untuk menaiktaraf portal Sabahkini.net, rakyat Sabah dipelawa menghulurkan derma mengikut kemampuan masing-masing bagi memastikan hak dan suara mereka dapat didengar Kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Editor merangkap C.E.O Sabahkini.net, Mutalib M.D ketika melancar tabung berkenaan petang ahad menggesa rakyat Sabah dapat bersama-sama menjayakan aspirasi mereka mempunyai wadah untuk menyuarakan pandangan dan memperjuangkan hak mereka.

"Kita tidak mengharapkan derma dalam jumlah yang besar, cukuplah RM10 yang boleh dimasukkan terus melalui Maybank2u atau mesin ATM. Sabahkini.net memerlukan server yang lebih besar dan sistem pertahanan yang lebih canggih agar tidak mudah digodam (Hack) dan peralatan yang lebih kemaskini," kata Mutalib yang menafikan dakwaan Sabahkini.net menerima sumbangan dana daripada sebarang pihak.

Tegasnya, Sabahkini.net adalah media bebas dan tidak menapis internet kerana berpegang kepada Prinsip BoG; oleh itu pihaknya tidak akan respon kepada sebarang permintaan untuk menarik balik artikel melainkan jika ada injunksi atau perintah mahkamah.

Mutalib turut menarik perhatian, penderma yang menderma RM100 ke atas akan menerima Baju-T Sabahkini.net dengan syarat mereka menyertakan bukti sumbangan melalui email ke sabahkini.net@gmail.com.

Manakala penderma yang menderma RM200, kata Mutalib akan menerima buku '007-Lelaki Malaysia Terakhir iaitu berhubung Skandal Kerakyatan Songsang melalui pemberian IC Projek. 

Kata Mutalib, derma boleh dimasukkan ke Akaun Semasa Sabakini Media Network di Maybank bernombor 564128621872 .

"Beri kami masa 14 hari untuk penghantaran baju-T dan hadiah berkenaan," kata Mutalib yang mempelawa para peniaga melanggan iklan di Sabahkini.net.

No comments:

Post a Comment