Friday 12 October 2012

KUNJUNGAN PM BUKAN BN TAKUT





KOTA BELUD : Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyangkal laporan bahawa Barisan Nasional (BN) kini dalam ketakutan dan kunjungan kerap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Sabah ialah untuk menaikkan semula semangat yang luntur.

"Mereka yang takut sebenarnya ialah pembangkang, disebabkan itu pemimpin mereka yang selalu ke Sabah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan Umno Kota Belud di sini, hari ini.

Salleh berkata lawatan Najib ke Sabah menunjukkan beliau seorang Perdana Menteri yang prihatin dan tiada salahnya untuk beliau mengunjungi mana-mana negeri sekerap mana yang beliau suka.

"Itu merupakan prerogatif beliau kerana beliau mahu melihat sendiri pelaksanaan pelbagai pembangunan dan kelancaran projek infrastruktur yang dijalankan seperti yang dijanjikan di bawah pelbagai Rancangan Malaysia serta Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

"Jika Najib tidak melawat Sabah langsung atau mengehadkan kunjungannya kepada satu atau dua kali setahun, mereka yang sama ini jugalah yang akan mengatakan sebaliknya. Mereka akan mendakwa perdana menteri tidak prihatin pula," katanya.

1 comment:

  1. memang tidak salah tpi kenapa dekat2 PRU bru dtg? ada udang disebalik mee kn...

    ReplyDelete