Tuesday 30 October 2012

MEMPERKASA KUMPULAN SOKONGAN WANITA





DIALOG....AZIZAH bersama, Siti Sapoo dan Saharuddin pada majlis sesi dialog bersama penjawat awam wanita kumpulan sokongan di Wisma Wanita Kota Kinabalu.

Oleh : ABU BAKR ESAH

KOTA KINABALU: Sesi dialog Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna bersama wanita merupakan platform terbaik memperkasa golongan berkenaan khususnya dalam kalangan penjawat awam di peringkat kumpulan sokongan.

Ini kerana, ia menjadi wadah berkongsi maklumat mengenai program-program utama meningkatkan penyertaan wanita dalam arus perdana pembangunan.

Menterinya Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata, pelbagai cadangan yang dikemukakan dalam sesi dialog itu akan dibawa ke peringkat atasan untuk kelulusan dan tindakan selanjutnya. Ia bagi membolehkan wanita lebih proaktif dan produktif terhadap kerjaya di masa depan walaupun dalam sebarang situasi.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan sesi dialog tersebut bersama penjawat awam wanita melibatkan jabatan dan agensi kerajaan Negeri Sabah.

Antara isu dikemukakan yang dikemukakan semasa sesi dialog ini, termasuklah masa fleksibel untuk penjagaan anak, cuti tanpa rekod untuk menjaga suami dan anak yang terlantar sakit di hospital dan penubuhan taska di tempat kerja.

Program yang dihadiri seramai 120 peserta itu berlansung di Grand Ballroom Wisma Wanita, di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Datuk Siti Sapoo Ahok dan Ketua Penolong Pengarah Jhewa, Saharuddin Mod Kia.

No comments:

Post a Comment