Friday 12 October 2012

MUSA PERLU KOMANDO, BUKAN MUNDU





Oleh : PAPPARAZZI SABAHKINI.NET

HASRAT Barisan Nasional Sabah untuk merampas kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP dan mengekalkan 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen di Sabah, mungkin tidak kesampaian jika Ketua Menteri Sabah mengekalkan calon yang sedia ada kerana majoritinya sinonim dengan 'Mundu' (Lanun) dan bukannya 'Komando' (I Command You Do).

Sikap Wakil Rakyat UMNO dan BN Sabah telah menyukarkan Musa Aman menunaikan janjinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memastikan BN Menyapu bersih semua kerusi di Sabah bagi memastikan BN terus mengekalkan gelaran 'Fixed Deposit' sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah pada 1 April 2003.

Majoriti Wakil Rakyat BN Sabah, terutama UMNO, UPKO dan PBS; seperti Samsuddin Yahya, Salleh Kalbi, Suhaili Said, Nilwan Kabang, Abdul Muis Picho, Rubin Balang, Sairin Karno, Nasrun Mansur, Abas Ali, Michael Assang, Radin Malleh, Zakaria Edris, Harman Mohammad, Nasir Tun Sakaran, Ramlee Marhaban, Mohd Shafie Apdal, Saddi Abdul Rahman, John Teo Mau Sing, Masiung Banah dan sebagainya adalah 'Liabiliti' kepada BN kerana dibelit pelbagai Skandal dan dipalit pelbagai masalah peribadi.

Cacat cela Wakil Rakyat BN ini ditambah pula dengan ketidak wibawanya Sayap Kanan iaitu Pemuda yang diketuai Datuk Haji Awang Kadin Tang; ketumpulan Saiwar Sayap Kiri iaitu Wanita UMNO yang dipimpin Datuk Armani Datuk Mahiruddin; Kesuraman Gerak Bakti 'Bulu Ketiak' iaitu Pergerakan Puteri UMNO yang disandang Musliati Molimin.

Sewajarnya, dalam keadaan BN bakal diserang mengejut parti pembangkang pada PRU-13, maka Sayap Kanan, Sayap Kiri dan Bulu Ketiak (Tidak ada gelaran yang sesuai untuk Puteri) UMNO Sabah mengemaskan jentera bagi memastikan setiap serangan lawan dapat dipatahkan di luar gelanggang.

Namun, Musa yang dikelilingi oleh 'Bupeka' (Budak Pengilap Kasut) dan 'Bupesa' (Budak Pengipas Satey) akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan kubu masing-masing setelah 'Mundu' seperti 'Pahlawan Katak' dari Beaufort meninggalkan UMNO.

'Bupeka' dan 'Bupesa' ini bakal menyebabkan Musa sukar memastikan serangan-serangan demi serangan pembangkang dapat ditumpaskan dengan jayanya seperti Skandal Hong Kong yang memakan masa terlalu lama untuk diselesaikan kerana Musa tidak mempunyai walau seorang 'Komando' yang patuh kepada arahannya tanpa bertanya sepatah haram.




Dari segi ekonomi, misalnya, Sabah mungkin menerima pelaburan luar secara terus (FDI) lebih 10 Trillion USD jika Menteri Kabinet di Sabah menjalankan tugas semulia Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Masidi Manjun dan sebijaksana Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.

Persoalannya, kebanyakan Menteri Kabinet Sabah adalah 'Siluman Lanun' (Mundu) kerana lebih mementingkan diri dan dijangkiti Sindrom WHIIFM (What's In It For Me) sehingga membelakangkan kepentingan Sabah dan Malaysia.

Contoh paling ketara, seorang Menteri Kabinet Sabah bagaikan mencurahkan 'Air Sejuk' ke dalam gelas yang panas sehingga retak dan berkecai ketika secara 'terpaksa' menemui serombongan 30 pelabur ulung dari China yang ingin mengusahakan sektor perladangan bersepadu dan akuakultur.

"Kenapa mau datang jumpa saya. Saya tidak suruh kamu datang," marah Menteri Kabinet berkenaan yang sekaligus telah menghampakan para pelabur kerana tidak langsung mempedulikan Blueprint Cadangan Pelaburan yang dikemukakan rombongan pelabur berkenaan.

Dalam kes yang memalukan itu, pelabur tidak mengalihkan pelaburan mereka ke Indonesia atau Filipina; sebaliknya masih menunggu 'Menteri Kabinet yang berjiwa Malaikat' untuk menerima tawaran mereka dengan tangan terbuka; bukannya Menteri yang menunjukkan 'Jari Hantu' atau 'Telunjuk Lurus Kelingking Berkait'.

Malangnya, Pegawai Kanan Musa menghalang para pelabur bonafide ini menemui Ketua Menteri sehingga hasrat mereka kecundang di tengah jalan dan terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Malangnya, siapalah saya untuk menyampaikan 'kekecewaan pelabur' ini kepada Ketua Menteri Sabah yang mungkin berbangga dengan berbilion ringgit surplus Sabah sehingga lupa beratus trillion USD bersepai di tiup angin 'rasuah' yang semakin membadai!

25 comments:

  1. “Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh
    mereka yang bergelar pembangkang,tujuannya untuk mencipta isu (create issues)
    memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, --Datuk Seri Salleh Said Keruak

    ReplyDelete
  2. Musa sentiasa menyokong apa shj aktiiti para pemimpin BN, dan ini adalah paksi kepada sokongan para pemimpin BN terhadap beliau. Beliau terus maju atas sokongan tersebut..Sabah maju jaya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pemimpin BN bersatu hati, dan akan terus menyokong Datuk Musa.

      Delete
  3. BN akan memenagi kerusi d terutamanya d Sabah PRU13 nant!!

    ReplyDelete
  4. Menteri2 dalam kebinet Sabah semua berusaha membangunkan Sabah dan membela nasib rakyat Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pmimpin BN berusaha untuk membantu rakyat.

      Delete
  5. Puteri Umno memberi mesej yang jelas bahawa pergerakan itu menyokong penuh dan sedia mempertahankan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang terbukti berjaya mengemudi Sabah dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  6. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut menyifatkan perbuatan pembangkang dan pihak yang telah mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kepimpinan Musa sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  7. Mereka perlu memberhentikan pendekatan seperti ini kerana Datuk Musa mendapat sokongan penuh daripada kepimpinan Umno sendiri.

    ReplyDelete
  8. sejak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan Ketua Menteri Sabah, Musa telah menunjukkan ciri kepimpinan yang begitu cemerlang, sehingga BN memenangi hampir 100 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum yang lepas, dan hanya kalah satu kerusi.

    ReplyDelete
  9. Sabah juga banyak mencapai kejayaan daripada segi pembangunan. Daripada sebuah negeri yang agak mundur suatu ketika dulu, Sabah kini boleh berbangga dengan pencapaian yang cemerlang.

    ReplyDelete
  10. Musa turut mendapat sokongan penuh daripada parti-parti komponen BN sedia ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. parti-parti komponen BN Sabah memang menyokong Musa.

      Delete
    2. Itu sudah semestinya, semua pemimpin BN sentiasa menyokong kepimpinan Datuk Musa.

      Delete
  11. Sebagai seorang pemimpin dari Sabah yang berkhidmat di peringkat nasional, kita melihat kepimpinan Datuk Musa sebagai yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Musa antara pemimpin yang terbaik.

      Delete
  12. setiap pemimpin harus berusaha untuk memenuhi tugas dengan sebaiknya pada rakyat.

    ReplyDelete
  13. apa pun, kepimpinan Musa memang disokong oleh rakyat.

    ReplyDelete
  14. BN sabah pasti menang..

    ReplyDelete
  15. undi pembangkang pula akan pecah...ini kerana pembangkang masing2 seronok dengan dunia mereka sendiri...

    ReplyDelete
  16. Musa Aman will be the longest serving chief minister of Sabah if he completes this full term, which most likely he would when the full term ends in 2013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beliau antara CM di sabah, namun telah banyak pembangunan yang di buat di bawah kepimpinan beliau.

      Delete
  17. Musa Aman has been busy attracting investors from the United States, South Korea, Europe and Singapore to set up industries in Sabah. Even the Singapore Foreign Minister, George Yeo, was so impressed with Datuk Seri Musa that he had visited Sabah twice in a year to express Singaporeans’ keenness to invest in the industrial development of Sabah.

    ReplyDelete
  18. Datuk Musa’s job is not completed. And in the words of Dato Sri Mustapha Mohamed, the Minister of International Trade and Industry, the hefty foreign investments in industrial projects, including the RM5.4 billion solar panel project, are due to Datuk Seri Musa’s excellent management of the Sabah economy.

    ReplyDelete
  19. Chief Ministers before him know only how to spend money. The most startling was during Datuk Harris Salleh’s tenure. He was good at building multi-billion-ringgit grandiose projects that brought the state to the brink of bankruptcy. So much so that Sabah did not have the money to administer Labuan island which Datuk Harris happily gave to the Federal Government without asking for any compensation for the cession.

    In constrast, Datuk Seri Musa is good in making money for Sabah through his sound halatuju development framework that benefits every Sabahan.

    ReplyDelete