Oleh : KOH JUN LIN
PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr
Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap
sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di Perhimpunan
Agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan
dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.
"DAP berjaya meyakinkan
orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di
dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.
Dalam ucapan selama 45 minit
itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji Perdana
Menteri.
Chua menyerang slogan Ubah
DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala
PAS".
No comments:
Post a Comment