Saudara Pengarang,
TAHUN 1996 saya melawat
Australia untuk beberapa bulan. Walaupun dalam masa yang singkat saya telah
melihat serba sedikit mengenai kehidupan orang di sana. Sedia maklum Australia
pada masa tersebut sudah tergolong dalam
status negara maju.
Dengan lawatan ke Melbourne yang singkat, jelas kelihatan
Melbourne adalah bandar yang moden dan menitik beratkan reka bentuk yang sangat
menarik. Sistem pengangkutan awam yang teratur seperti keretapi elektrik jarak
dekat dan jauh, teksi dan bas.
Pada masa yang sama saya
telah berkesempatan menonton filem dokumentari mengenai Australia pada masa
perang dunia kedua. Bila terlihat sahaja Negara Australia pada masa tersebut,
terus saya terbayangkan Kuala Lumpur yang mana pembangunan dan sistem
pengangkutan yang agak serupa.
Ini bererti Negara kita
ketinggalan zaman atau dengan kata lain kita ketinggalan dalam pembangunan bagi
tempoh masa dalam jangka 30 sehingga 50 tahun di belakang Australia pada masa
tersebut.
Sangat mengejutkan semasa
lawatan ke dalam kawasan Bandar Melbourne yang maju saya terlihat ramai
kumpulan gelandangan di sana sini. Sangat jelas apabila dilihat dibawah lebuh
raya ‘fly over’, kelihatan golongan ini tinggal dalam keadaan yang sangat daif
sekali dan ada yang dalam keadaan mabuk.
Percaya atau tidak 99%
kumpulan gelandangan ini adalah dari kaum Aboriginal Australia. Mereka ini
adalah penduduk asal Australia sebelum orang ‘kulit putih’ datang menjajah
mereka.
Mengikut orang Australia
(Aboriginal, ‘orang putih’ Australia dan kumpulan migrasi dari Asia),
golongan ini tersisih dari masyarakat
Australia disebabkan pada peringkat awal ‘Orang Putih’ datang ke tanah
Australia ini tidak ada langkah-langkah yang adil untuk untuk memperjuangkan
hak kaum Aboriginal ini.
Bila saya lihat Sabah dan
Semenanjung Malaysia, kenangan lama ini kembali dalam ingatan saya, tidak
keterlaluan saya katakan Sabah ketinggalan 20 hingga 30 tahun kebelakang
berbanding dengan Semenanjung Malaysia.
Dengan kata lain jika kita
tidak ada polisi yang jelas dan tegas untuk mempertahankan hak orang Sabah dan tidak
mustahil orang Sabah akan menjadi seperti orang Aboriginal di Australia yang
‘dibunuh’ secara perlahan dengan kemajuan yang diberikan.
Kerajaan Persekutuan harus
ada polisi yang jelas, tegas dan praktikal untuk melindungi orang Sabah
daripada menerima nasib yang sama dengan kaum Aboriginal Australia.
Apa yang berlaku sekarang
ini pemimpin-pemimpin hanya cuba berdalih mengenai masalah kewarganegaraan
orang asing dan NCR berbandingkan mengetengahkan polisi yang lebih praktikal
untuk menyelesaikan masalah ini sekali dan untuk selamanya.
Kebanyakkan pemimpin kita
dari Sabah atau Semenanjung Malaysia asyik sibuk dengan agenda peribadi
masing-masing. Lagi lama kita biarkan pemimpin yang lemah ini bertapak, semakin
jelas kita akan menjadi seperti kaum Aboriginal Australia.
Sejarah negara lain akan
berulang di Sabah. Para pemimpin Negara, pemimpin Sabah dan rakyat Sabah boleh
memperbetulkan keadaan ini, inshaallah.
Salam Hormat,
NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI
No comments:
Post a Comment