Sunday 28 October 2012

PERKASA BEBAS BOIKOT JACLYN VICTOR






BEBAS....Perkasa adalah bebas untuk boikot artis terkenal Jaclyn Victor, menurut Dr Koh Tsu Koon.

Oleh : IDA LIM

KUALA LUMPUR : Badan bukan kerajaan Perkasa bebas untuk memboikot artis terkenal negara Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu 'Harapan Bangsa', kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan permuafakatan negara pada hari ini.

Khamis lalu, Perkasa menggesa umat Islam untuk memboikot artis tersebut atas dakwaan lirik lagu tersebut yang terselit dengan unsur Kristian telah menghina Islam dan menunjukkan 'tidak sensitif dan menghormati' kepada mereka yang bukan penganut agama Kristian.

“Saya tidak mahu mengulas tentang itu. Mereka boleh memboikot kerana mereka suka. Ini sebuah negara yang bebas ...,” kata Koh, yang juga menyelia kabinet khas panel antara agama kepada The Malaysian Insider hari ini ketika diminta mengulas mengenai gesaan Perkasa itu.

Berikutan serangan terhadap Jaclyn oleh umat Islam ke atas lagu berusia lima tahun tersebut, agensi kerajaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat lirik lagu terbabit.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi pada minggu lepas dilaporkan berkata bahawa kementerian maklumat dan kementerian dalam negeri perlu merujuk lagu tersebut dengan JAKIM bagi memutuskan jika ia 'benar-benar menyentuh isu iman (akidah)'.

Serangan Perkasa menyusul serta menambah lebih tekanan dalam isu melibatkan agama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin dekat terutamanya selepas dua ahli Parlimen mendakwa terdapat satu plot untuk menukar Malaysia kepada sebuah negara Kristian.

Jaclyn pada minggu lepas berkata lagu 'Harapan Bangsa' bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.

“Saya mencatat lagu yang sekitar 2007 khas bagi orang-orang Kristian di  Sabah dan Sarawak dan untuk gereja-gereja. Ia telah digubah oleh seorang paderi dengan tujuan keamanan Malaysia.

"Sebagai seorang Kristian, saya tidak fikir ia menjadi kesalahan jika saya sebagai seorang Kristian menyanyikan lagu tersebut,” katanya kepada Berita Harian Khamis lepas.

“Saya sedar, mungkin kerana lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu, ia menyebabkan orang ramai melihat ini sebagai tidak sensitif dan berfikir bahawa saya cuba untuk menyebarkan ajaran Kristian.

“Saya nyanyikannya dalam bahasa Melayu kerana ramai Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam bahasa Melayu.”

Penganut beragama Kristian merangkumi 9.2 peratus daripada jumlah keseluruhan 28.3 juta penduduk Malaysia.

No comments:

Post a Comment