Wednesday 17 October 2012

PINJAM RM134 JUTA UNTUK PROJEK DI PAPUA?





           
Oleh :  Aidila Razak
             
ANAK syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pinjaman itu dibuat pengarah urusan dan pengurus besar oleh Kedah Corporation Bhd (KCB) untuk projek di Papua New Guinea.

"Pinjaman tersebut diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London," laporan itu dipetik.

Menurut laporan itu lagi, perunding itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010.

"Pinjaman terbabit dibatalkan setelah mendapati syarat pinjaman projek tidak memihak kepada syarikat dan ketidakmampuan membayar balik pinjaman," demikian menurut laporan audit lagi.

Audit mendapati perjanjian untuk pelaburan berisiko tinggi antara KCB dan syarikat Papua New Guinea MAS Incorporated ditandatangani pada 12 Oktober 2008.

No comments:

Post a Comment