Monday 1 October 2012

PRO-ISRAEL, PRO-PEMBANGKANG? EPISOD AKHIR








DALAM satu rencana yang diterbitkan oleh New York Time pada bulan April 2011 bertajuk, 'U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings',  menyatakan berikut:

"Beberapa kumpulan dan individu yang terlibat secara langsung dalam pemberontakan dan pembaharuan yang berlaku di negara-negara ini, termasuklah Gerakan Pemuda di Mesir pada 6 April; Badan Center for Human Rights dan aktivis akar-umbi seperti Entsar Qadhi, seorang pemimpin gerakan belia di Yemen, telah menerima latihan dan pembiayaan dari pertubuhan seperti badan International Republican Institute (IRI), Badan National Democratic Institute (NDI) and Freedom House (FH) iaitu badan hak asasi manusia sukarela yang berpangkalan di Washington.

"Institut Republican dan Democratic secara tidak langsung masing-masing bergabung dengan Parti Republican  dan Parti Democratic. Mereka ditubuhkan oleh Kongres dan dibiayai melalui badan National Endowment for Democracy yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 untuk menyalurkan geran mempromosikan demokrasi di negara-negara membangun.

"Badan National Endowment menerima US$100 juta setahun dari Kongres. Freedom House juga menerima sebahagian daripada biayanya dari kerajaan Amerika, kebanyakannya dari Jabatan Negara. [18]"

Dalam konteks negara Mesir, pelbagai pertubuhan ini telah mengalami 'tindakbalas' dari aktiviti mereka dalam melatih dan membiayai kumpulan penentang dan menyemarakan revolusi di Mesir.





Dalam satu rencana yang diterbitkan oleh Los Angeles Times pada bulan  Disember 2011, telah dikatakan:

"Pada Khamis lalu, pasukan keselamatan Mesir telah menggeledah beberapa pejabat miliki 17 buah pertubuhan bukan kerajaan termasuklah tiga buah agensi yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada tindakan keras ke atas bantuan asing telah mengundang kritikan dari negara Barat dan mengancam kumpulan hak asasi manusia serta pergerakan pro-demokrasi.

"Langkah tersebut dilihat sebagai satu strategi untuk menggertak pertubuhan antarabangsa. Majlis Pemerintah Tentera telah berkali-kali menuduh 'penglibatan asing' untuk mengeksploitasikan pergolakan politik dan ekonomi di Mesir.

"Tetapi para aktivis berkata bahawa pihak tentera menggunakan campurtangan negara asing sebagai alasan untuk menghalang nasionalisme dan menutupi kritikan mengenai salah guna kuasa. Askar Mesir dan pasukan Polis yang berpakaian hitam telah menggeledah pejabat-pejabat, menyoalsiasat pekerja serta merampas komputer di seluruh negara.

"Mereka yang menjadi sasaran termasuklah kumpulan Amerika Syarikat seperti Badan National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) dan Freedom House (FH), yang dibiayai oleh Kongres untuk memantau pilihanraya umum dan mempromosikan demokrasi di negara lain." [19]

Sementara itu, Los Angeles Times merangka laporannya untuk menunjukkan bahawa pasukan keselamatan Mesir mempunyai matlamat untuk 'mengancam' kumpulan hak asasi mansia antarabangsa, seseorang harus meneliti kes berhubung perlembagaan Mesir yang baharu.

Selepas penggulingan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, pejuang demokrasi menuntut agar satu perlembagaan negara yang baharu dirangka semula. Reuters telah menerbitkan laporan yang menyebut pegawai perundangan yang pro-pembangkang yang telah berkata bahawa perlembagaan negara Mesir yang baharu akan dibuat oleh kumpulan masyarakat umum seperti badan Arabic Network for Human Rights Information; penerima tabung secara langsung dari badan Open Society Institute (OSI) milik George Soros dan dari Egyptian Organization for Human Rights, yang dibiayai oleh National Endowment for Democracy. [20][21][22]

Tidak diragukan bahawa tingkahlaku negara-negara asing dan hubungan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan pembangkang dan kumpulan masyarakat awam tidak serasi dengan rangka demokratik yang tulen.





Di dalam konteks Malaysia, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mengekalkan hubungan rapat dengan para Pegawai Kanan Amerika Syarikat dan pertubuhan seperti National Endowment for Democracy (NED).

Pada Julai 2006, Anwar Ibrahim telah mempengerusikan badan Foundation for the Future yang berpusat di Washington, ditubuh dan dibiayai oleh Jabatan Negara AS atas arahan Elizabeth Cheney, anak kepada Dick Cheney, Naib Presiden ketika itu yang baru-baru ini didapati bersalah atas tuduhan jenayah perang berkaitan dengan arahannya untuk mendera semasa perang Iraq oleh Kuala Lumpur War Crimes Commission yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed. [23]

Pada tahun 2007, Anwar Ibrahim merupakan Ahli Penal dalam satu Majlis Anjuran National Endowment for Democracy's 'Democracy Award'  yang dilangsungkan di Washington. [24]

Penglibatan yang meragukan ini menimbulkan kerisauan terhadap kesahihan calon dan pentadbiran yang akan dipimpinnya sekiranya beliau memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 Malaysia.

Adalah lebih baik bagi Malaysia untuk mengikuti contoh Rusia; Presiden Vladimir Putin baru-baru ini telah meluluskan satu rang undang-undang baru yang mengawal ketat kumpulan-kumpulan awam yang menerima biaya dari negara luar dan memaksa badan-badan NGO yang terlibat dalam 'aktiviti politik' untuk mendaftar dengan Kementerian Kehakiman Rusia sebagai 'Agen Asing', mengenakan syarat kepada pertubuhan ini untuk menghantar laporan setiap tiga bulan. [25]






Sementara undang-undang seperti ini akan pasti dikritik sebagai menghalang hak bersuara, namun haruslah difahami bahawa undang-undang seperti ini tidak akan menghalang kegiatan aktivis yang sah. Sama seperti Rusia, Malaysia mestilah mengambil inisiatif untuk menangani keluhan-keluhan tulen dari para aktivis dengan memperkukuhkan institusi Orang Asal dan pertubuhan orang awam oleh rakyatnya sendiri.

Pertubuhan negara asing dengan gabungannya yang diragukan untuk cuba mengubah imbangan kuasa agar memihak kepada mereka, merupakan antitesis sebenar terhadap sebuah demokrasi yang tulen.

Satu petikan dari Op-Ed ditulis oleh wartawan Rusia bernama Veronika Krasheninnikova  menyampaikan satu mesej penting kepada rakyat Malaysia:

"Membina satu masyarakat awam yang patriotik tidak boleh dilakukan oleh sumber luar. Proses demokratik dan keselamatan nasional tidak boleh dilakukan oleh sumber luar; lebih-lebih lagi kepada negara-negara yang berseteru (tidak mesra)". [26]

(Nile Bowie is a Kuala Lumpur-based American writer and photographer for the Centre for Research on Globalization in Montreal, Canada. He explores issues of terrorism, economics and geopolitics.)

NOTA KAKI:

 [18] U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings, The New York Times, April 14, 2011
[19] Egypt raids foreign organizations' offices in crackdown, The Los Angeles Times, December 29, 2011
[20] Rewrite Egypt constitution from scratch, say critics, Reuters, February 16, 2011
[21] Acknowledgements, Arabic Network For Human Rights Information, 2004
[22] Egypt | National Endowment For Democracy, National Endowment For Democracy, 2005
[23] Foundation for the Future Holds its First Board Meeting in Doha, Qatar, Foundation for the Future, July 15, 2006
[24] 2007 Democracy Award, National Endowment for Democracy, 2007
[25] Russia's Putin signs NGO "foreign agents" law, The Star, July 21, 2012
[26] West's battle for Russian ‘hearts and minds’: NGOs on steroids, Russia Today, July 13, 2012

No comments:

Post a Comment