Tuesday 30 October 2012

RAKYAT SABAH MULA FAHAM IBADAH KORBAN





Oleh : AHMAD FARID

PAS Kawasan Tawau semalam mengesahkan telah menganjurkan sebanyak 41 ekor lembu untuk dikorbankan pada kali ini. Yang Dipertua Pas kawasannya menyatakan demikian ketika ibadah korban rancak berjalan di Madrasah Darul Hidayah, Sungai Imam.

Menurut beliau, sejak dahulu Pas Tawau berusaha memastikan syiar Islam ini dapat dilakukan masyarakat Tawau khususnya. Setiap tahun Pas akan menyediakan borang penyertaan korban dan saban tahun penglibatan masyarakat semakin bertambah.

Salah seorang penduduk Kg. Tanjong Batu Laut ditemui berkata; “Kalau dahulu, jarang kedengaran lembu dikorbankan. Namun, apabila Pas dan jemaah Islam yang lain memberi penerangan dan menerajui kerja menghidupkan syiar Islam di Tawau, rata-rata masyarakat semakin memahami dan melibatkan diri dalam ibadah korban”.

Beliau turut menyatakan rasa kecewa dengan harga lembu yang semakin tinggi dan memaksa orang ramai berfikir panjang untuk melaksanakan ibadah ini. 

Ibadah korban marupakan salah satu daripada syi’ar Islam. Ia dilakukan sebagai ibadah tahunan pada mana-mana hari daripada Hari Raya Aidil Adha dan tiga hari Tashriq (11, 12 dan 13 haribulan) dalam bulan Zul-Hijjah.

Ibadah ini mempunyai kaitan dengan sejarah pengorbanan nabi Ibrahim AS dan anaknya nabi Ismail semata-mata kerana menjunjung perintah Allah SWT.

Pas Kawasan Kalabakan juga tidak ketinggalan dalam pengimarahan ibadah korban dengan penduduk setempat.

Bendaharinya Fatmawaty binti Haji Yusof ketika pengagihan daging korban kepada masyarakat berkata “Kesemua penerima agihan daging korban bersyukur dan berterima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Pas”.

Beliau yang ditemui berpuas hati kerana dapat mengedarkan daging kepada masyarakat di kampung-kampung kawasan Kalabakan.   

No comments:

Post a Comment