Tuesday 30 October 2012

RAKYAT TIDAK BOLEH HARAPKAN KWSP





Oleh : LEE WEI LIAN

KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysian akan berhadapan dengan risiko taraf kehidupan yang rendah semasa persaraan jika terlalu bergantung kepada  (KWSP), kata ketua eksekutif Pentadbir Pencen Swasta, Datuk Steve Ong.

Ong berkata tahap perpindahan pendapatan semasa rakyat Malaysia untuk persaraan adalah hanya pada 30 peratus manakala purata bagi negara OECD adalah 57 peratus.

Beliau berkata seorang rakyt Malaysia memerlukan kira-kira 30-35 peratus daripada gaji bulanan untuk menyumbang dalam dana pencen sekiranya mahu meningkatkan  mencapai kadar pendapatan perpindahan dua pertiga.

Ong berkata bahawa mereka yang sedang menyumbang kepada KWSP sudah berada pada kira-kira 23 peratus.

“Jika anda menyumbang tambahan 10 peratus lagi, terdapat kebarangkalian tinggi anda mencapai perpindahan dua pertiga pendapatan bagi persaraan anda,” kata beliau pada Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia hari ini.

Ong berkata mereka yang tidak merancang persaraan berisiko untuk bekerja lagi atau terpaksa mengurangkan taraf hidup mereka semasa persaraan.

Beliau juga menambah industri dana pencen swasta berpotensi mempeoleh pertambahan dana kepada RM1 trilion ke dalam pasaran modal Malaysia memandangkan terdapat sejumlah 13 juta rakyat dewasa Malaysia yang menyumbang sebanyak RM3,000 dalam dana pencen swasta setiap tahun untuk tempoh 25 tahun.

“Fikirkan apa RM1 trilion boleh lakukan untuk pasaran modal,” katanya.

Ong berkata bahawa industri dana pencen swasta Australia kini adalah yang keempat terbesar di dunia dengan bernilai aset AS$1.5 trilion (RM4.5 trilion) di bawah pengurusan walaupun populasi mereka kecil.

Malaysia kini mempunyai lapan dana pencen swasta yang diluluskan oleh kerajaan.

Rakyat Malaysia yang menyumbang kepada dana pencen swasta juga diberi RM3,000 elaun ditolak cukai. (TMI)

No comments:

Post a Comment