Wednesday 24 October 2012

REGIM 'CH WILLIAM' SINONIM REGIM ISRAEL?





PALSU.....Janji palsu Adun Tungku, Ustaz Suhaili (dua dari kanan) menyebabkan sebahagian penduduk pangsapuri tidak dapat merayakan Aidil Adha.


Saudara Pengarang,         

KEKEJAMAN demi kekejaman dilakukan oleh Agen yang dilantik Kerajaan 1Malaysia iaitu CH William kerana melakukan tindakan tidak berhati perut terhadap penghuni Pangsapuri Mutiara Kasih, di Tengah Nipah, Lahad Datu.

Walaupun saya tidak terlibat dengan keganasan Regim CH William, tetapi atas dasar perikemanusiaan, saya berpendapat  tindakan kekerasan yang dilakukan oleh Regim CH William kepada penduduk Pangsapuri ini tidak ubah seperti tindakan Regim Israel terhadap penduduk Palestin.

Memang agak menjengkelkan tindakan Regim CH William yang mengimpal dan mengunci paip air penghuni yang gagal membayar bil walaupun sebelum ini, ketika lawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor pelbagai janji manis ditabur.

Namun sebaik sahaja Hajiji pulang, Regim CH William bertindak melaksanakan 'Hukum Rimba' tidak mempedulikan janji yang telah dinukilkan Hajiji iaitu bukan sahaja untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air  24 jam sehari, malah tunggakan bil boleh dibayar secara ansuran.

Entah apa yang merasuk fikiran Regim CH William ini kerana menjadikan penduduk Mutiara Kasih sebagai lembu yang kehausan di Padang Pasir nan tandus iaitu menafikan hak penduduk yang telah membayar bil air secara ansuran.

Lebih menyedihkan, tidak ada seorang Wakil Rakyat yang tampil membantu sedangkan umat Islam akan menyambut hari raya Aidil Adha dua hari lagi. Di manakah Ustaz lulusan Al-Azhar iaitu Datuk Suhaili Said; Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Ahli Parlimen Lulusan PhD (Universiti Bahagia TR), Dr Haji Salleh Kalbi kerana tidak mempedulikan nasib dan kesusahan umat Islam mahu menjalani Ibadah Korban?

Mungkinkah ketiga Wakil Rakyat 'Badukang' ini tidak memerlukan lebih 1,000 undi penduduk Pangsapuri ini kerana sudah mempunyai 'Fixed Deposit' di Desa Bajau dan Sabah Baru?

Pegawai Daerah yang turut memberi jaminan tidak akan berlaku kekejaman kepada penghuni juga tidak muncul, malah Polis turut merestui kezaliman Regim CH Willam dengan memberi kawalan ketat untuk memastikan Regim berkenaan tidak diganggu oleh penduduk yang berang kerana bekalan air mereka diputuskan.

Jika penduduk miskin di Selangor diberikan air percuma, kenapa penduduk Pangsapuri Setiakasih tidak diberikan hak mendapatkan air selama 24 jam sehari dan diputuskan bekalan air sedangkan mereka telah membayar ansuran sebagaimana yang dikehendaki?

Salam Hormat,

PENCINTA KEDAMAIAN

No comments:

Post a Comment