Tuesday 23 October 2012

SELESAIKAN ISU TANAH DI SUNGAI KOYAH





KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah diminta menyelesaikan isu penerokaan haram di Skim Pekebun Kecil di Sungai Koyah, Sukau dengan segera.

Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) mencadangkan kerajaan negeri mengembalikan hak pemilikan tanah seluas kira-kira 2,428 hektar kepada 400 penduduk kampung terbabit iaitu Kampung Paris menerusi pemberian geran berkelompok dan memasukkannya ke dalam Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Penduduk terbabit masing-masing dibayar saguhati sebanyak RM1,500 oleh Bagus Maju Sdn Bhd yang menjanjikan akan membantu penduduk membangunkan tanah mereka dengan penanaman kelapa sawit pada 1980-an ketika Sabah ditadbir oleh Parti Berjaya.

"Bagaimanapun, penduduk berkenaan tidak mendapat apa-apa keuntungan sejak tanah mereka dibangunkan oleh syarikat itu sejak 10 hingga 15 tahun lepas," katanya ketika membahas Bajet Negeri 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Isnin.

Saddi khuatir masalah itu akan memberi kesan terhadap sokongan rakyat terbabit kepada Barisan Nasional jika tidak ditangani dengan segera. (Bernama)

No comments:

Post a Comment