Wednesday 10 October 2012

TERIMA KASIH, KERAJAAN TIDAK PILIH KASIH





TANGKI....Penduduk Kg Kebulu dan Menanjung Beaufort merakamkan kenangan bersama Azizah selepas pembahagian Tangki 1 Malaysia.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Rakyat perlu berterima kasih kerana kerajaan adil dan tidak pilih kasih, kata menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalurkan pembangunan dan bantuan kepada semua rakyat berbilang kaum walau di mana mereka berada di dalam negara ini.

“Sebagai rakyat, kita mestilah berterima kasih kepada kerajaan BN yang bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua pembangunan dan bantuan dapat dinikmati oleh semua rakyat yang berbilang kaum sama ada di bandar mahu pun kawasan luar bandar dan di pedalaman,” katanya pada majlis pembahagian Tangki 1 Malaysia kepada penduduk Kg Kebulu dan Kg Menanjung di sini, baru-baru ini.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata pelbagai program dilaksanakan bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada menerima sebarang bantuan.

“Kerajaan sentiasa mencari kaedah dan mekanisme yang lebih baik dari masa ke semasa untuk membantu rakyat di negara ini. Kerajaan sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat secara adail dan saksama,” katanya sambil meminta rakyat terus memberi sokongan yang padu kepada kerajaan BN.

“Berilah sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang sebgai tanda terima kasih dan sudah pasti dengan sokongan padu kita akan lebih banyak lagi pembangunan akan dapat dilaksanakan,” katanya.


No comments:

Post a Comment