Friday 19 October 2012

TERUSKAN PERJUANGAN, KAMI AKAN MEMBANTU





Saudara Pengarang,

SEBAGAI Pembaca Setia Sabahkini.net, saya amat terkejut dengan kenyataan saudara berhubung rayuan derma ikhlas untuk menguruskan operasi yang berkaitan dengan berita Sabahkini.net.

Saya merasa kasihan kerana Sabahkini.net telah berusaha dengan CEMERLANG bagi membantu rakyat Sabah tetapi tidak langsung mendapat perhargaan dalam bentuk derma ikhlas.

Namun saya harap agar Sabahkini.net dapat diteruskan kerana Allah akan membalas jasa dan sentiasa memberi rezeki kepada tuan untuk memastikan Sabahkini.net terus bersaing di dunia maya yang semakin mencabar.

Sebagai rakyat Sabah yang bergantung harap kepada berita Sabahkini.net, saya sedang berusaha untuk menghulurkan bantuan ikhlas, walaupun tidak seberapa kerana yakin ramai lagi di pedalaman Sabah yang kais pagi belum tentu dapat makan esok kerana tanah adat mereka dirampas.

Saya berharap agar saudara bersabar dan teruskan membongkar segala kejahilan, ketakadilan, jenayah dan segalanya yang membuat Sabah dan seluruh negara menjadi kacau bilau.

Terima kasih dan tahniah kerana kesungguhan anda dalam perjuangan suci anda kerana selama ini saya tidak tahu banyak hal berkaitan dengan keadaan Sabah, melainkan setelah wujudnya Sabahkini.net.
Selamat Berjuang,

TANAK MISKIN

No comments:

Post a Comment