Tuesday 2 October 2012

WARGA PENYU WAJAR SERAH DIRI!



                       
Saudara Pengarang,

RAKYAT Sabah semestinya sangat gembira dan bersyukur apabila mereka melihat wajah-wajah Panel RCI mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di TV Malaysia minggu lalu kerana sememangnya saat-saat ini telah lama ditunggu oleh semua lapisan masyarakat Sabah.

Akhirnya RCI telah mula menjalankan kerja mereka, kerajaan memberikan masa enam bulan mulai oktober ini hingga Mac tahun hadapan kerana dijangkakan RCI ini mesti melengkapkan siasatan mereka berdasarkan TOR yang telah ditetapkan.

Persoalannya di sini, adakah Najib dan Musa  serta BN berani membubaran DUN Sabah dan Dewan Parlimen sebelum RCI ini  habis melengkapkan siasatan mereka?

Semestinya untuk membuktikan keikhlasan Kuala Lumpur terhadap isu PATI ber IC Projek ini, maka kerajaan seharusnya menunggu sehingga siasatan dan laporan  RCI ini selesai sebelum membubarkan DUN dan Parlimen.

BN perlu membuktikan bahawa 'Fixed Deposit' mereka bukanlah 'Warga Penyu' (Warga Asing yang mendapat IC Projek) dan segala dakwaan pembangkang selama ini tidak benar.

Dengan langkah pertama yang diambil oleh Kerajaan BN ini, adalah pengumuman penubuhan RCI yang telah sekian lama dituntut oleh rakyat Sabah di DUN dan Parlimen; maka langkah seterusnya ialah kerajaan BN harus menunggu sehingga laporan RCI ini selesai.

Buat masa ini, kita tidak tahu apakah penemuan dan cadangan Panel RCI berhubung dakwan rakyat Sabah mengenai kehadiran 'Warga Penyu' dan apakah wajar membubarkan DUN dan Parlimen sebelum keputusan siasatan RCI diumumkan?

Sebagai rakyat Sabah yang merdeka minda dan jiwa, saya ingin mencadangkan agar Panel RCI diberi kuasa Autonomi atau Kuasa Pendakwaan agar lebih telus dan berwibawa di samping dapat melaksanakan perkara berikut;

01) Kesemua Warga Penyu mesti menyerahkan IC Projek mereka di Jabatan Pendaftaran Negara atau di semua Balai Polis di Sabah. Beban untuk membuktikan mereka Rakyat Sabah tulen terletak di atas bahu mereka termasuk mengemukakan Sijil Lahir.

02) Kesemua pemilik IC Projek atau palsu ini mesti memberi kenyataan bersumpah berhubung bagaimana cara mereka mendapatkan IC Projek dan siapa yang memberikan IC Projek kepada mereka.

03) Kesemua Warga Penyu ini yang akan diberi pengampunan  mesti di hantar balik kenegara asal mereka dengan serta merta dan dibenarkan memohon taraf warga negara ini berdasarkan peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Kita berharap semoga cadangan ini dapat memberi harapan agar kesemua Warga Penyu ini dapat dibersihkan dari bumi Sabah dan pilihanraya untuk memilih pemimpin adalah hak mutlak rakyat Sabah; bukannya dikongsi dengan warga asing yang datang ke Sabah ini atas ehsan, pemimpin kami terdahulu.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH.

10 comments:

  1. Mungkin kerajaan dapat mempertimbangkan Panel RCI untuk diberi kuasa Autonomi atau Kuasa Pendakwaan seperti yang dicadangkan oleh penulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI hanya untuk menyiasat, untuk menyabitkan kesalahan perlulah dibicarakan di Mahkamah dan hukuman mengikut undang2 yang termaktub.

      Delete
  2. Tunggu dan lihat tindakan kerajaan lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang tidak sepatutnya politikan RCI untuk membantu menyelesaikan masalah PATI di Sabah

      Delete
  3. Kita sudah tahu yang mana RCI telah pun beroperasi untuk menyiasat mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu saja perkembangan RCI seterusnya.

      Delete
  4. Kerajaan pasti akan memastikan yang mana RCI ini akan memastikan usaha ini berjaya sepenuhnya. Kerajaan tidak mahu mengecewakan rakyat dengan kegagalan penubuhan RCI ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan prihatin terhadap keadaan Sabah, RCI diharap dapat membantu dalam menangani masalah PATI

      Delete
  5. Jangan biarkan warga asing mendapat MyKad kita dengan cara yang salah. Ini perlu ditangani. Semoga RCI mampu mengubahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warga asing tidak sepatutnya mendapat Mykad tanpa mengikut prosedur yang betul.

      Delete