Wednesday 24 October 2012

YAHUDI PENCETUS MASALAH?





Oleh : ZURAIRI AR

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Yahudi sebagai 'Pencetus Masalah' dan menjelaskan polisi ekonomi yang dilaksanakannya yang dianggap 'Anti Yahudi' hanya untuk membantu membangunkan Malaysia.

Awal kelmarin, Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid berkata reformasi perbankan Tun Dr Mahathir Mohamad diilhamkan oleh polisi lalu negara Jerman untuk mengekang pengaruh Kewangan Yahudi bagi membantu orang Melayu tetapi ia kemudiannya digagalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

"Masalahnya ialah mereka (Yahudi) adalah pihak yang sering mencetuskan masalah kepada kita dan dunia kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan melepaskan diri," kata Dr Mahathir ketika sidang media.

Beliau turut menjelaskan kemenangannya sewaktu pilihan raya 1999 disebabkan bukan Melayu, apabila Melayu tidak menyokongnya kerana menganggap tindakan yang diambilnya terhadap Anwar tidak adil.

Sanusi memberitahu forum ekonomi Melayu di PWTC kelmarin bahawa Dr Mahathir dan Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.

Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.

Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi menteri kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu — Aliance Bank dan Hong Leong Bank.

“Kami berpendapat bahawa jika kita tidak boleh mengawal ekonomi, kita akan mengikuti Jerman,” Sanusi berkata di Kongres Ekonomi Melayu di sini.

“Di Jerman lesen perbankan tidak diberi kepada orang Yahudi.”

Beliau berkata sementara lesen sedia ada telah diberikan kepada bukan Melayu, Daim memastikan bahawa semua bank mempunyai pengarah Melayu yang paling penting adalah untuk memastikan semua bank mempunyai pengaruh Melayu.

“Tetapi malangnya kecelakaan besar berlaku. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan beliau meluluskan lesen perbankan Alliance Bank dan Hong Leong Bank,” katanya.

“Kami tidak mahu beri. Sudah lama kami kawal. Hasilnya sekarang terdapat 'dua bank bukan Melayu' tanpa pengaruh Melayu,” katanya lagi.

Sanusi adalah Bekas Setiausaha Agung Umno di zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Beliau berdiri teguh di belakang Dr Mahathir semasa krisis Umno yang menyebabkan Anwar yang pada ketika itu Timbalan Presiden Umno dipecat dari jawatan kabinet dan parti.

Sanusi juga merupakan pengasas kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kemudiannya dipimpin oleh Anwar sebagai Presiden.

No comments:

Post a Comment