Thursday 13 December 2012

KES DERA KANAK-KANAK, POLIS TAHAN LELAKI





KLANG : Polis menahan seorang lelaki berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun seperti yang tersebar dalam sebuah klip video di laman media sosial Facebook.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Jani Ahmad berkata lelaki berumur 32 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini Selasa selepas polis menerima laporan daripada seorang kenalan suspek yang menonton klip video itu.

Beliau berkata ketika serbuan, suspek yang juga bapa tiri mangsa berada bersama kanak-kanak itu.

"Kita tahan lelaki terbabit manakala kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini dan mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Klip video lapan minit dan 33 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju biru dan memakai seluar jeans menampar, membaling serta menyepak seorang kanak-kanak yang menangis teresak-esak. (Bernama)

Sila tonton VIDEOKLIP


No comments:

Post a Comment