KELUAR.....Mohamad
Fadzlie (kanan) dan Mohd. Khairiell Idzham berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur semalam.
Oleh : SALAHUDDIN ELIAS
KUALA LUMPUR: Keterangan
seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan
lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka
pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Mohamad Fadzlie M. Rosdi,
20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya
ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi
25 November lalu.
Pengakuan itu dibuat di
hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Difahamkan, kawad cam itu
dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia
diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen
litar tertutup premis itu disiarkan akhbar.
Selain merogol, penganggur
itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd.
Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang
di tempat dan waktu yang sama. (Kosmo)
No comments:
Post a Comment