Wednesday, 5 December 2012

MAMPUKAH PKR TEWASKAN SHAFIE DI SEMPORNA?






REBUT…Nazmahwati (kanan) Vs Dr Zamri (kiri) bakal 'berebut' Calon Parlimen Semporna untuk menentang Shafie Apdal

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KEMUNCULAN muka-muka baru dalam dunia politik Pakatan Rakyat, terutama Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Semporna agak mengelirukan kepada para penyokong setempat.

Mengimbau sejenak senario politik di Semporna yang pernah menggemparkan ahli-ahli  UMNO dan penyokong parti-parti komponen BN apabila muncul wanita muda berusia 30-an yang bercita-cita besar untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Parlimen Semporna pada PRU-13.

Cita-cita yang begitu tinggi telah menjadi tandatanya di kalangan rakyat Semporna kerana mereka curiga bagaimana wanita muda ini mampu menumbangkan Naib Presiden UMNO yang menjadi 'Qarun; di zaman pemerintahan UMNO setelah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang menjadi lubuk emas dan telah menjadi Ahli Parlimen Semporna selama tujuh  penggal itu.

Wanita muda yang dimaksudkan itu ialah Nazmahwati Walli iaitu Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang menawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 atas tiket PKR bagi menentang 'suami' artis terkenal, Shafie Apdal.

Kemunculan Nazmah dalam arena politik, khususnya PKR Cabang Semporna memang mendapat sokongan 70 peratus daripada penduduk-penduduk yang tinggal di pesisiran pantai dan kepulauan yang telah diabaikan oleh ADUN-ADUN BN/UMNO dalam segala segi termasuk prasarana dan hak asasi.

Penulis yang terus mengikuti perkembangan dan perjalanan politik PKR di Semporna menyaksikan sendiri kenapa semangat Nazmah membuak-buak setelah melihat kecurangan yang dilakukan oleh semua Wakil Rakyat UMNO di Semporna.

Namun semangat Nazmah mungkin terhalang kerana muncul beberapa pesaing yang menawarkan diri untuk mewakili Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai niat yang berlainan kerana walaupun tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.

Antara calon yang digelar pengacau daun termasuklah Dr Zamri Habi yang cuba menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan sehingga berusaha untuk meminggirkan mereka yang telah berjuang mengorbankan wang ringgit, masa dan kesetiaan selama ini seperti Nazmah.

Dalam hal ini, sebaiknya Zamri mengelakkan perpecahan berlaku dalam PKR Semporna  dengan menawarkan diri bertanding menentang Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlie Marhaban atau Datuk Herman; dan membiarkan Nazmah bertanding menentang Shafie Apdal.


Mungkin rakyat Sabah curiga dan bertanya mampukah Zamri atau Nazmah menumbangkan Shafie yang sudah terlalu banyak menabur bakti dan 'wang' kepada seluruh rakyat Semporna selama 7 penggal; terutama agehan projek pembangunan yang menjadi buruan Ketua Cawangan, kontraktor dan majoriti pengundi?

Majoriti pengundi tidak yakin Zamri akan menolak tawaran jutaan ringgit yang mungkin ditawar Shafie agar menarik diri (sudah menjadi lumrah kepada calon pembangkang di Semporna); tetapi mereka cukup yakin Nazmah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau projek oleh Shafie.

Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi Semporna sama ada mahu mengekalkan BN/UMNO terus bertapak di Semporna sehingga beberapa generasi 'Sikubung' akan datang atau menukar baju baru?

34 comments:

  1. sukar PKR nak menang di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saingan yang giat di PRu13.

      Delete
    2. Antara 3 parti dalam PR ni, hanya DAP yang mendapat kerusi kemenangan pada PRU yang lalu. begitu juga dalam PRK.

      Delete
    3. Anwar sering ulang alik ke Sabah kebelakangan ni. kita tengoklah nanti apa hasilnya.

      Delete
    4. Satu cabaran hebat bagi BN dan pembangkang. Bukan mudah untuk PKR memang sebenarnya.

      Delete
    5. Memang bukan mudah PKR menang,BN masih tetap kuat.

      Delete
  2. Apabila datang ke Sabah dan Sarawak, ucaptamanya hanya berkisar kepada perjuangan PKR untuk menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sangat bukan kesepakatan sebab gunakan nama PKR saja.

      Delete
  3. Keadaan ini menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak tidak selesa dengan perjuangan PKR yang dilihat bersifat menjaga kepentingan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR harus mencari jalan untuk kerjasama dengan pembangkang lain.

      Delete
    2. Masing-masing ada agenda sendiri untuk dicapai.

      Delete
    3. memancing undi, macam2lah yang dijanjikan. lepas PRU pula macam mana??sedangkan janji2 masa PRU 2008 pun masih belum ditunaikan.

      Delete
    4. Pembangkang menggunakan kata-kata manis memberi janji untuk memancing undi, namun rakyat tahu menilai.

      Delete
  4. Perjuangan PKR yang lebih memihak kepada Anwar Ibrahim telah parti itu mengabaikan perjuangan rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ragu2 dengan ketelusan perjuangan Anwar, beserta dengan janji2nya.

      Delete
  5. mampukah Zamri atau Nazmah menumbangkan Shafie yang sudah terlalu banyak menabur bakti dan 'wang' kepada seluruh rakyat Semporna selama 7 penggal; terutama agehan projek pembangunan yang menjadi buruan Ketua Cawangan, kontraktor dan majoriti pengundi?

    Usaha Shafie tidak dapat dinafikan. Adakah rakyat Semporna masih memerlukan Shafie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya pada penduduk Semporna sendiri.pasti mereka lebih tahu tentang pemimpin mereka.

      Delete
  6. BN masih kukuh di Sabah dan akan terus menjadi kubu kuat untuk BN. Pembangkang tidakmungkin menang, tetapi boleh mengurangkan jumlah kerusi yang dicapai.

    ReplyDelete
  7. Memang jauhlah kalau mahu menewaskan Shafie dikawasannya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shafie masih orang kuat, melainkan rakyat sendiri sudah tidak puas hati dengannya.

      Delete
  8. Kalau kita lihat sendiri pun PKR sendiri tidak kukuh di Negeri sendiri.

    ReplyDelete
  9. PKR sendiri pun tidak mampu menandingi di Batu Sapi inikan pula di Semporna.

    ReplyDelete
  10. Sedarlah yang mana rakyat lebih senang bersama dengan BN untuk mentadbir Negeri Sabah ini.

    ReplyDelete
  11. Shafie pasti akan cuba yang terbaik untuk memastikan kerusi yang dipegangnya sekarang ini akan terus dipertahankannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang kata Shafie akan digugurkan pada PRU nanti.

      Delete
  12. Prestasi kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat tidak memberangsangkan

    ReplyDelete
  13. Ekonomi negeri negeri pembangkang tidak bergerak dan banyak janji janji manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat masih tidak dapat ditunaikan

    ReplyDelete
  14. Para ahli perniagaan di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Selangor sudah mula gelisah dan resah kerana pertumbuhan ekonomi di negeri negeri industri dan 'perniagaan' tersebut tidak seperti yang dijanjikan.

    ReplyDelete
  15. pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar mencari kesilapan kerajaan dulu daripada memikirkan bagaimana untuk menyuburkan ekonomi negeri negeri tersebut.

    ReplyDelete
  16. Rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan tertanya tanya kenapa tidak dibawa pelaburan itu ke negeri negeri tersebut dan buktikan untuk kali terkhir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telus dan adil. Dengan pelaburan demikian, tentunya rakyat akan melihat beliau sebagai pemimpin yang tidak berbohong sepanjang masa

    ReplyDelete