Thursday 14 February 2013

GTP PACU PEMBANGUNAN BEAUFORT






Oleh : ABU BAKAR ESAH

PENTADBIRAN kerajaan yang diterajui Barisan Nasioanal (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dapat diurus dengan baik melalui landasan Program Tranformasi Kerajaan (GTP) telah berhasil merealisaikan harapan rakyat untuk terus menikmati pembangunan dan pembelaan secara menyeluruh daripada pihak pemerintah.

Keutuhan dan kebijaksanan pimpinan Najib berjaya mempertingkat pembangunan dan pembelaan untuk semua rakyat pelbagai peringkat dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk secara adil dan ianya telah terbuktit walaupun pihak pembangkang sering memperlekehkan sumbangan besar BN di negara ini.

Keberkesanan dan rahmat dari pemerintahan kerajaan BN terbukti dengan kepesatan pembangunan infrastruktur dan pelbagai program membantu rakyat dilaksanakan secara berterusan dengan slogan Janji Ditepati. Ini dapat dilihat di mana sahaja sama ada di bandar dan luar bandar termasuklah di kawasan-kawasan Pedalaman.

Daerah Beaufort yang terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar Kota Kinabalu juga tidak terkecuali daripada menerima rahmat pembangunan yang pesat sejak kerajaan BN mentadbir negeri ini.

Daerah yang geografinya berkedudukan istimewa bersempadan dengan Daerah Sipitang di Selatan, Daerah Kuala Penyu di sebelah Barat, Daerah Tenom di Timur dan Daerah Papar di Utara ini menerima perubahan secara drastik dalam kepesatan pembangunan infrastruktur yang membawa banyak manfaat kepada penduduk.

Daerah yang meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut dan mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Klias yang diwakili Datuk Azizah Mohd Dun dan Dun Lumadan diwakili Datuk Kamarlin Ombi, terus menerima limpahan peruntukan dari kerajaan bagi memenuhi keperluan penduduk mengikut aspirasi semasa dan setempat.

Beberapa bangunan baharu yang dibina oleh kerajaan BN kini dapat dilihat tersergam indah antaranya, Komplek sukan, perpustakaan, kolej komuniti, dewan baru, jambatan kedua, kolej vokasional, Klinik 1 Malaysia, sekolah dan lain-lain kemudahan awam.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, berkata pembangunan yang dilaksanakan kerajaan di sini membuktikan bahawa daerah ini tidak tertinggal daripada arus pembangunan negara.

“Sejak BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini Daerah Beaufort telah jauh berubah daripada sebelumnya. Banyak kemudahan infrastruktur telah dibina di sini dan ianya sudah tentu memberi banyak manfaat kepada penduduk di daerah ini.

Selain pembangunan infrastruktur, kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan program-program pembangunan modal insan,” katanya.

Beliau berkata, di bawah kerajaan BN Daerah Beaufort akan terus menerima pembangunan melalui perancangan dari masa kesemasa untuk memenuhi keperluan penduduk di sini.

“Perkembangan terbaru kita akan dapat bangunan Hub Usahawan Wanita pertama di negeri ini yang akan dibina dalam waktu terdekat ini. Disamping itu daerah ini juga akan mempunyai bandar lestari yang akan dibangunkan oleh Zikay Group (Sabah) Sdn Bhd dan MoU untuk pembangunan bandar baru ini telah di tandatangani oleh pihak pemaju dan Majlis Daerah Beaufort pada bulan Januari tahun ini,” katanya.

Katanya, bagi memastikan usaha melahirkan masyarakat yang suka membaca dan menerapkannya sebagai salah satu budaya hidup yang menjadi teras ilmu pengetahuan, kerajaan telah membina sebuah perpustakaan di Pekan Beaufort selain beberapa perpustakaan desa di beberapa kampung di daerah ini.

“Kerajaan juga telah membina sebuah kompleks sukan bagi usaha memperkasa bidang sukan dan menanamkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk.

Selain itu keprihatinan kerajaan dalam menangani kesulitan penduduk dalam menjalankan urusan harian seperti kesesakan jalan raya telah dibuktikan apabila sebuah jambatan baru di bina di Kg Bingkul. Jambatan baharu yang kini dapat digunakan sepenuhnya itu menjadi jalan pintas bagi laluan Sipitang – Kota Kinabalu sekali gus mengurangkan kesesakan di Pekan Beaufort,” katanya.

Pembinaan bangunan Kolej Komuniti turut memperlihatkan bahawa daerah ini tidak terpinggir dari arus pembangunan pendidikan negara dalam usaha melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama. Selain pembinaan bangunan Kolej Komuniti beberapa sekolah baru dibina dan beberapa sekolah pula dinaiktaraf dan kita sedang dalam perancangan untuk membina sebuah Kolej Islam,” katanya

Kewujudan Dewan Baharu katanya, dapat menampung keperluan pelbagai aktiviti samada diperingkat daerah, bahagian dan negeri. Dewan baharu itu juga turut menjadi pusat pemindahan mangsa banjir berikutan daerah iini termasuk dalam zon yang sering dilanda banjir.

Exco Umno Wanita Malaysia itu juga memberitahu penduduk luar bandar di sini juga turut menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selesa apabila jalan raya turut dinaiktaraf. Terbaru dua batang jalan raya telah dinaiktaraf iaitu jalanraya Kg Kebulu dan jalan raya Kota Klias-Kg Kekuro.

“Kini sebatang jalan raya Jempanga – Batu 60 yang menelan kos pembinaan RM82 juta sedang dalam pembinaan dan ianya akan memberi keselesaan dalam urusan harian penduduk kerana sebelum ini kawasan tersebut hanya boleh dihubungi dengan menaiki keretapi.

Menurutnya lagi rakyat Beaufort yang berpendapatan rendah juga mampu meningkatkan pemdapatan mereka melalui program kerajaan seprti Mini Estate Sejahtera (Mesej), Azam Niaga, projek penanam nanas secara berkelompok dan program-program lain berupa kursus dan seminar.

“Di kawasan Dun Klias yang saya wakili sebanyak 33 penduduk menjadi peserta program Mesej yang dilaksanakan kerajaan negeri. Kita juga ada projek penanaman nanas secara berkelompok di Kg Takuli seluas kira-kira 200 ekar,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan dan keperluan asas yang lain terus mendapat perhatian kerajaan seperti masjid, surau, dewan mini, balairaya, Serambi Belia dan sebagainya samada dibina baru atau dinaiktaraf selain bekalan air dan elektrik di kawasan itu menjadi keutamaan kerajaan.

“Secara keseluruhannya pembangunan di daerah ini amat pesat dan memberi keberuntungan kepada penduduk. Justeru itu, saya yakin rakyat di sini akan terus memberi sokongan padu kepada BN kerana terbukti selama ini mereka telah menikmati hasil usaha kerajaan yang sentiasa mendengar dan menghayati denyut nadi rakyat,” katanya sambil mengingatkan penduduk agar menghargai dan mensyukuri rahmat pembangunan yang dinikmati.

“Begitu banyak pembangunan yang nikmati penduduk di daerah ini. Ini kerana kita mempunyai pemimpin yang bijak mentadbir kerajaan. Bagi pihak penduduk di sini saya merakam ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

"Saya juga menyeru agar rakyat di sini terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini bagi memastikan lebih banyak lagi bantuan dan pembangunan dapat di salurkan ke daerah ini,” katanya sambil menaruh keyakinan bahawa penduduk Beaufort bijak menilai intan dan kaca.

“Saya pasti rakyat bijak untuk menilai apa yang telah dibawa oleh kerajaan selama ini dan mereka tidak akan terpedaya dengan dakyah pihak pembangkang yang mahu menggadaikan kesejahteraan yang sedang dinikmati oleh penduduk,” katanya sambil memberitahu bahawa gelombang tranformasi sedang meresapi sanubari penduduk daerah Beaufort.

“Perkembangan terkini telah memperlihatkan penduduk telah menghayati intipati GTP dalam usaha merealisaikan gagasan 1 Malaysia . Saya melihat ramai penduduk telah berjaya dalam bidang pertanian, penternakan dan perniagaan melalui galakan, khidmat nasihat dan bantuan kerajaan dan ianya perlu diteruskan,” katanya.

Demikianlah sedikit gambaran rahmat daripada pentadbiran BN yang dapat dinikmati oleh penduduk Daerah Beaufort. Apa pun persepsi pihak tidak bertanggungjawab khususnya daripada suara-suara cemburu parti pembangkang, sumbangan besar kerajaan BN terhadap negara dan rakyat telah benar-benar terbukti.

Kehadiran Najib sebagai pemimpin nombor satu negara pada hari ini tentunya membawa tuah berganda kepada penduduk Daerah Beaufort. Lembaran baru dilipatan sejarah baru Beaufort akan merungkaikan keyakinan seluruh penduduk bahawa kerajaan dan kepimpinan BN perlu di beri mandat yang lebih besar untuk mencapai status sebuah negara maju menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment