Oleh : ABU BAKAR ESAH
PENTADBIRAN kerajaan yang diterajui
Barisan Nasioanal (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
dapat diurus dengan baik melalui landasan Program Tranformasi Kerajaan (GTP)
telah berhasil merealisaikan harapan rakyat untuk terus menikmati pembangunan
dan pembelaan secara menyeluruh daripada pihak pemerintah.
Keutuhan dan kebijaksanan
pimpinan Najib berjaya mempertingkat pembangunan dan pembelaan untuk semua
rakyat pelbagai peringkat dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk secara adil
dan ianya telah terbuktit walaupun pihak pembangkang sering memperlekehkan
sumbangan besar BN di negara ini.
Keberkesanan dan rahmat dari
pemerintahan kerajaan BN terbukti dengan kepesatan pembangunan infrastruktur
dan pelbagai program membantu rakyat dilaksanakan secara berterusan dengan
slogan Janji Ditepati. Ini dapat dilihat di mana sahaja sama ada di bandar dan
luar bandar termasuklah di kawasan-kawasan Pedalaman.
Daerah Beaufort yang
terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar Kota Kinabalu juga tidak
terkecuali daripada menerima rahmat pembangunan yang pesat sejak kerajaan BN
mentadbir negeri ini.
Daerah yang geografinya
berkedudukan istimewa bersempadan dengan Daerah Sipitang di Selatan, Daerah
Kuala Penyu di sebelah Barat, Daerah Tenom di Timur dan Daerah Papar di Utara
ini menerima perubahan secara drastik dalam kepesatan pembangunan infrastruktur
yang membawa banyak manfaat kepada penduduk.
Daerah yang meliputi kawasan
seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut dan
mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Klias yang diwakili
Datuk Azizah Mohd Dun dan Dun Lumadan diwakili Datuk Kamarlin Ombi, terus
menerima limpahan peruntukan dari kerajaan bagi memenuhi keperluan penduduk
mengikut aspirasi semasa dan setempat.
Beberapa bangunan baharu
yang dibina oleh kerajaan BN kini dapat dilihat tersergam indah antaranya,
Komplek sukan, perpustakaan, kolej komuniti, dewan baru, jambatan kedua, kolej
vokasional, Klinik 1 Malaysia, sekolah dan lain-lain kemudahan awam.
Azizah yang juga Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, berkata pembangunan yang
dilaksanakan kerajaan di sini membuktikan bahawa daerah ini tidak tertinggal
daripada arus pembangunan negara.
“Sejak BN mengambil alih
tampuk pemerintahan negeri ini Daerah Beaufort telah jauh berubah daripada
sebelumnya. Banyak kemudahan infrastruktur telah dibina di sini dan ianya sudah
tentu memberi banyak manfaat kepada penduduk di daerah ini.
Selain pembangunan
infrastruktur, kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program bagi
meningkatkan taraf hidup rakyat dan program-program pembangunan modal insan,”
katanya.
Beliau berkata, di bawah
kerajaan BN Daerah Beaufort akan terus menerima pembangunan melalui perancangan
dari masa kesemasa untuk memenuhi keperluan penduduk di sini.
“Perkembangan terbaru kita
akan dapat bangunan Hub Usahawan Wanita pertama di negeri ini yang akan dibina
dalam waktu terdekat ini. Disamping itu daerah ini juga akan mempunyai bandar
lestari yang akan dibangunkan oleh Zikay Group (Sabah) Sdn Bhd dan MoU untuk
pembangunan bandar baru ini telah di tandatangani oleh pihak pemaju dan Majlis
Daerah Beaufort pada bulan Januari tahun ini,” katanya.
Katanya, bagi memastikan
usaha melahirkan masyarakat yang suka membaca dan menerapkannya sebagai salah
satu budaya hidup yang menjadi teras ilmu pengetahuan, kerajaan telah membina
sebuah perpustakaan di Pekan Beaufort selain beberapa perpustakaan desa di
beberapa kampung di daerah ini.
“Kerajaan juga telah membina
sebuah kompleks sukan bagi usaha memperkasa bidang sukan dan menanamkan gaya
hidup sihat di kalangan penduduk.
Selain itu keprihatinan
kerajaan dalam menangani kesulitan penduduk dalam menjalankan urusan harian
seperti kesesakan jalan raya telah dibuktikan apabila sebuah jambatan baru di
bina di Kg Bingkul. Jambatan baharu yang kini dapat digunakan sepenuhnya itu
menjadi jalan pintas bagi laluan Sipitang – Kota Kinabalu sekali gus
mengurangkan kesesakan di Pekan Beaufort,” katanya.
Pembinaan bangunan Kolej
Komuniti turut memperlihatkan bahawa daerah ini tidak terpinggir dari arus
pembangunan pendidikan negara dalam usaha melahirkan modal insan yang memiliki
minda kelas pertama. Selain pembinaan bangunan Kolej Komuniti beberapa sekolah
baru dibina dan beberapa sekolah pula dinaiktaraf dan kita sedang dalam perancangan
untuk membina sebuah Kolej Islam,” katanya
Kewujudan Dewan Baharu
katanya, dapat menampung keperluan pelbagai aktiviti samada diperingkat daerah,
bahagian dan negeri. Dewan baharu itu juga turut menjadi pusat pemindahan
mangsa banjir berikutan daerah iini termasuk dalam zon yang sering dilanda
banjir.
Exco Umno Wanita Malaysia
itu juga memberitahu penduduk luar bandar di sini juga turut menikmati
kemudahan perhubungan yang lebih selesa apabila jalan raya turut dinaiktaraf.
Terbaru dua batang jalan raya telah dinaiktaraf iaitu jalanraya Kg Kebulu dan
jalan raya Kota Klias-Kg Kekuro.
“Kini sebatang jalan raya
Jempanga – Batu 60 yang menelan kos pembinaan RM82 juta sedang dalam pembinaan
dan ianya akan memberi keselesaan dalam urusan harian penduduk kerana sebelum
ini kawasan tersebut hanya boleh dihubungi dengan menaiki keretapi.
Menurutnya lagi rakyat
Beaufort yang berpendapatan rendah juga mampu meningkatkan pemdapatan mereka
melalui program kerajaan seprti Mini Estate Sejahtera (Mesej), Azam Niaga,
projek penanam nanas secara berkelompok dan program-program lain berupa kursus
dan seminar.
“Di kawasan Dun Klias yang
saya wakili sebanyak 33 penduduk menjadi peserta program Mesej yang
dilaksanakan kerajaan negeri. Kita juga ada projek penanaman nanas secara
berkelompok di Kg Takuli seluas kira-kira 200 ekar,” katanya.
Beliau berkata, kemudahan
dan keperluan asas yang lain terus mendapat perhatian kerajaan seperti masjid,
surau, dewan mini, balairaya, Serambi Belia dan sebagainya samada dibina baru
atau dinaiktaraf selain bekalan air dan elektrik di kawasan itu menjadi
keutamaan kerajaan.
“Secara keseluruhannya
pembangunan di daerah ini amat pesat dan memberi keberuntungan kepada penduduk.
Justeru itu, saya yakin rakyat di sini akan terus memberi sokongan padu kepada
BN kerana terbukti selama ini mereka telah menikmati hasil usaha kerajaan yang
sentiasa mendengar dan menghayati denyut nadi rakyat,” katanya sambil mengingatkan
penduduk agar menghargai dan mensyukuri rahmat pembangunan yang dinikmati.
“Begitu banyak pembangunan
yang nikmati penduduk di daerah ini. Ini kerana kita mempunyai pemimpin yang
bijak mentadbir kerajaan. Bagi pihak penduduk di sini saya merakam ucapan
penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri dan Ketua
Menteri Sabah.
"Saya juga menyeru agar
rakyat di sini terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini bagi memastikan
lebih banyak lagi bantuan dan pembangunan dapat di salurkan ke daerah ini,”
katanya sambil menaruh keyakinan bahawa penduduk Beaufort bijak menilai intan
dan kaca.
“Saya pasti rakyat bijak
untuk menilai apa yang telah dibawa oleh kerajaan selama ini dan mereka tidak
akan terpedaya dengan dakyah pihak pembangkang yang mahu menggadaikan
kesejahteraan yang sedang dinikmati oleh penduduk,” katanya sambil memberitahu
bahawa gelombang tranformasi sedang meresapi sanubari penduduk daerah Beaufort.
“Perkembangan terkini telah
memperlihatkan penduduk telah menghayati intipati GTP dalam usaha merealisaikan
gagasan 1 Malaysia . Saya melihat ramai penduduk telah berjaya dalam bidang
pertanian, penternakan dan perniagaan melalui galakan, khidmat nasihat dan
bantuan kerajaan dan ianya perlu diteruskan,” katanya.
Demikianlah sedikit gambaran
rahmat daripada pentadbiran BN yang dapat dinikmati oleh penduduk Daerah
Beaufort. Apa pun persepsi pihak tidak bertanggungjawab khususnya daripada
suara-suara cemburu parti pembangkang, sumbangan besar kerajaan BN terhadap
negara dan rakyat telah benar-benar terbukti.
Kehadiran Najib sebagai
pemimpin nombor satu negara pada hari ini tentunya membawa tuah berganda kepada
penduduk Daerah Beaufort. Lembaran baru dilipatan sejarah baru Beaufort akan
merungkaikan keyakinan seluruh penduduk bahawa kerajaan dan kepimpinan BN perlu
di beri mandat yang lebih besar untuk mencapai status sebuah negara maju
menjelang 2020.
No comments:
Post a Comment