Oleh: SHAIMON S JUMADI
TAWAU : Percakaran dan
keretakan dalam barisan pembangkang yang melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam pembahagian kerusi untuk PRU 13 nanti semakin bertambah
para kerana telah menemui jalan buntu.
SAPP mendesak kepada pucuk
pimpinan Pakatan Rakyat (PR) supaya
memperuntukkan kerusi untuk DUN di Sabah
sebanyak 40 kerusi untuk ditandingi pada PRU 13 nanti; tetapi telah ditolak
oleh Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali
kerana dianggap permintaan Datuk Yong Teck Lee wakil SAPP sangat keterlaluan dan tidak munasabah.
Presiden Pertubuhan Pribumi
Sabah (PPS) Dato Seri Jeffry Rosman menjelaskan perkara ini ketika mengulas
satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali
seperti yang tersiar di Sabahkini.Net pada 12-02-2013 bertajuk 'SAPP TerkeluarDari Rundingan'.
Jeffry selanjutnya berkata, Pakatan
Rakyat belum lagi memerintah tetapi sudah bercakaran semasa sendiri dan
berlakunya perebutan kerusi sendainya mereka menjadi kerajaan lebih teruk lagi.
Dilihat dari pandangan mata kasar tambah Jeffry, di
pihak parti komponen BN yang membabitkan parti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, LDP,
PBS,UPKO dan PBRS mereka cukup 'steady',
"Kita tidak dengar ada
berlakunya rebutan kerusi antara satu sama lain, Keadaan ini menunjukkan BN mereka
sudah matang dalam berpolitik,” tegas Jeffry.
Dalam pada itu, Jeffry
menyarankan golongan belia harus memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi
menyokong dasar-dasar kerajaan BN yang menjadi tampuk pemerintahan kerana
golongan belia adalah harapan bangsa dan
bakal pemimpin pelapis dan sebagai
penentu hala tuju kerajaan selepas PRU
13 nanti.
Tambah Jeffry lagi
parti pembangkang hanya pandai memutar
belitkan fakta untuk mempengaruhi rakyat dengan melemparkan pelbagai tohmahan
dan tuduhan liar kepada para pemimpin UMNO/BN yang terlalu banyak berjasa
kepada negara anak bangsa yang tidak ternilai harganya.
“Saya berani mengatakan, 100
peratus para pemimpin UMNO semuanya jujur-jujur belaka dan taat kepada perintah
pucuk pimpinan. Taat kepada perintah Allah boleh dikatakan para pemimpin UMNO
tidak mengamalkan rasuah. Kalau peruntukan RM3 juta yang diberikan oleh
kerajaan persekutuan RM3 juta juga sampai ke pihak bahagian UMNO masing-masing. Satu sen haram
mereka tidak gunakan. Inilah kebagusan para pemimpin UMNO,” ujarnya.
Saya beri jaminan, kata
Jeffry lagi, pada pilihanraya umum ke 13 nanti UMNO/BN akan memperoleh
kemenangan besar 70 peratus kerusi DUN
dan Parlimen akan jatuh kepangkuan UMNO/BN Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor
tetap kembali ke UMNO/BN.
Senario ini bertambah jelas kerana
kaum Kadazan-Dusun, Murut, Cina, Iban dan India 90 peratus menyokong UMNO/BN; sementara SAPP, DAP PKR dan STAR 90 peratus
calon-calon mereka akan kehilangan wang deposit,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment