TIGA ANGGOTA Parlimen Pakatan Rakyat akan menemui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini di pejabatnya.
Ketiga-tiga mereka adalah Dr Dzulkefly Ahmad (AJK PAS Pusat - anggota Parlimen Hulu Selangor), Datuk Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR - anggota Parlimen Machang) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP - anggota Parlimen Petaling Jaya Utara).
Pertemuan itu akan diadakan jam 3 petang ini di Kementerian Pertahanan yang akan membincang isu utama cadangan penubuhan Jawatankuasa Parlimen bagi pembelian kelengkapan pertahanan negara.
Pertemuan ini dipercayai diadakan ekoran pelbagai isu mengenai pembelian peralatan pertahanan dibuat oleh kerajaan yang meragukan.
Dari pembelian kapal selam sehinggalah yang terbaru penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard berjumlah RM9 bilion sentiasa menjadi isu dan pendebatan.
Boustead Naval Shipyard menerima projek itu untuk merekabentuk, membina, melengkapkan, memasang, meluluskan, intergarasi, ujian dan penyerahan enam buah Littoral Combatant Ships (Frigate Class).
Jumlah kontrak yang asalnya RM6 bilion tahun lepas telah melonjak kepada RM9 apabila diumumkan tahun ini.
"Menteri perlu memberikan penjelasan pembelian pelbagai peralatan ini kerana ia dibuat tanpa tender terbuka," kata Tony Pua, salah seorang anggota yang akan menyertai perjumpaan ini.
Pertahanan negara tidak boleh dipandang ringan. Harap perbincangan ini akan membuahkan hasil.
ReplyDeleteharap perjumpaan ini memcapai hasil yang baik.
ReplyDeletesekiranya memerlukan penjelasan, mungkin perlu dijelaskan.
ReplyDeletetindakan yang baik oleh pihak pembangkang. bukan main cakap di belakang dan mengkritik terus.
ReplyDeleteBertindak secara professional. Bawa ke meja rundingan. Bukan ke jalanan.
Deletecadangan penubuhan Jawatankuasa Parlimen bagi pembelian kelengkapan pertahanan negara adalah satu cadangan baik dan harus dipertimbangkan.
ReplyDeletePembelian kelengkapan pertahan negara melibatkan nilai wang amat besar dan jika adanya j/kuasa parlimen untuk mnentukan pembeliannya, ia boleh mengelakkan spekulasi kerana pungutan sura dibuat secra kolektif.
Deletetubuhkan saja jawatankuasa parlimen seperti yang dicadangkan.. pihak kerajaan boleh menggunakan peluang ini untuk menjelaskan secara lebih terperinci berkenaan dengan isu2 kelengkapan pertahanan..
ReplyDelete