Saudara Pengarang,
SEORANG warga Singapura yang bermastautin di Taman Kingfisher Kota Kinabalu, yang kerap dilihat berulang alik daripada KK ke Telupid, dengan memandu sebuah 4X4 telah memukul seorang pekebun kecil di Tongod (Anak Negeri Sabah yang juga Guru Besar SK Entilibon) pada 23 November lalu menyebabkan mangsa mengalami luka parah, lebam dan pendarahan dalaman/kecederaan pada jari, pergelangan tangan dan mendatangkan trauma kepada isteri mangsa yang berada di sebelah mangsa ketika serangan berlaku.
Ketika mangsa pergi ke Pusat Kesihatan Telupid untuk mendapatkan rawatan atas kecederaan yang dialaminya, Lelaki Singapura itu pergi ke Balai Polis Telupid, melaporkan bahawa mangsa telah menceroboh tanah miliknya di Tongod.
Laporan penuh perubatan mangsa ketika ini berada dalam simpanan pihak pegawai perubatan dan menurut pegawai tersebut dia akan berikan kepada pihak polis apabila diminta kelak.
Tanah yang dimaksudkan oleh pendatang Singapura itu, adalah tanah kerajaan negeri yang sedang dipohon melalui Jabatan Hasil Bumi Negeri Sabah di bawah pembangunan pertanian yang ketika ini sedang dibangunkan oleh Anak Negeri Sabah di kawasan tersebut, termasuklah mangsa.
Setelah selesai mendapatkan rawatan atas kecederaan tersebut, mangsa telah bergegas ke Balai Polis Telupid untuk membuat laporan terhadap kejadian tersebut, malangnya polis yang berada di kaunter menasihati mangsa supaya membuat laporan kepada seorang pegawai polis yang lebih besar pangkatnya.
Malangnya, pegawai berpangkat besar telah menasihati mangsa agar membuat laporan di Balai Polis Bukit Garam kerana menurut Pegawai Polis Telupid tersebut insiden itu berlaku di Daerah Tongod.
Anak mangsa berpendapat, sepatutnya laporan polis boleh di buat di mana-mana Balai Polis di seluruh Malaysia dan sebaik sahaja menerima laporan, Polis hendaklah menyiasat dengan secepat mungkin agar tidak sampai membabit kehilangan nyawa, seperti yang berlaku di Tingkayu, Kunak.
Di Negeri Sabah, semua Anak Negari Sabah mempunyai hak dari segi undang-undang untuk melindungi tanah mereka daripada dirampas oleh orang luar (asing) yang tidak mempunyai hak setitikpun ke atas tanah NT Sabah dan termaktub dalam Ordinan Tanah Sabah.
Sebagai Anak Sabah, kami amat risau terhadap keselamatan kami pada hari ini kerana kebanyakan Hak Anak Negeri Sabah sudah banyak dicabuli tanpa pembelaan daripada sebarang pihak.
Salam Hormat,
ANAK JATI SABAH
Diharapkan kes ini akan mendapat penyiasatan lanjut untuk mengenali perkara sebenar yang berlaku.
ReplyDeleteIsu tanah di Sabah perlulah ditangani dengan sebaik mungkin untuk melindungi hak tanah anak negeri.
ReplyDeleteThe Police should carry out their duty to protect the safely of the public.
ReplyDeleteIt is in the best interest of the natives in Sabah that their land rights be protected and uphold by the state government.
ReplyDeleteJika bennar apa yang dilaporkan, siasatan perlu dilakukan. Kenapa polis seolah-olah lepas tangan?
ReplyDeleteSiasat kebenaran dakwaan ini terlebih dahulu.
ReplyDeleteSungguh memalukan tindakan pihak polis Talupid yang tidak begitu profesional langsung. Jika laporan sebaiknya ambil dan siasat kes itu.
ReplyDeleteHarap polis akan membetulkan sikap mereka sebegini. Jangan ada sempadan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
ReplyDeleteorng luar mana dpt memiliki tanah di Sabah. laporan polis harus boleh dibuat dia mana2 saja, tak perlulah nak memilih tempat.
ReplyDeletelagilah tidak profesional itu pengadu jika beliau sendiri tidak mahu memahami prosedur siasatan pihak polis..
ReplyDeletelaporan polis boleh dibuat dimana2 tapi tempat laporan itu dibuat tetap akan merujuk kepada balai polis di daerah kes itu berlaku..
ReplyDeletekena buat report di kawasan tempat kejadian. ni adalah peraturan. Mana2 tempat pun sama juga pasti suruh buat report di buki garam
ReplyDeletetu singapore tidak layak dapat tanah anak negeri Sabah. Tapi lain la kalau dia kawin dengan sumandak Sabah, mungkin akan guna nama bini dia.
ReplyDelete