Sunday 30 September 2012

HAK NCR 1930 Vs HAK NATIVE BN




Oleh : ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH

KENYATAAN Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal pada 26 September 2012 di Sabahkini.net yang mengatakan bahawa Hak NCR Bumiputera sudah tidak berkuat-kuasa sejak 13 Disember 1930 dan pemohon selepas tarikh itu tidak lagi mempunyai hak demikian; amat bermuslihat dan tidak bertanggung jawab.

Beliau telah mentafsirkan seperti di bawah ini :

“With this, any illegal settlement on government land (despite how long the tenure was) or settlement with temporary stay authorisation could not make any claim, grant, importance or shape any rights to demand ownership on the land from the government.”

Dengan tafsiran ini, bererti penempatan masyarakat nelayan pesisir pantai khasnya masyarakat tepi pantai yang juga dikenali sebagai 'Tou’ Higad' dan bumiputera yang tinggal di semua kawasan itu di negeri Sabah; serta rakyat di kawasan Pedalaman  telah terancam masa depan mereka kerana kehilangan Hak disebabkan pembatalan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, pada pandangan saya, kerajaan BN perlu berbuat sesuatu mengenai perkara ini dan tidak membiarkannya berlarutan mengikut tafsiran sesuka hati sehingga membelakangkan Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah; yang akhirnya menyebabkan penghapusan hak Anak Negeri Sabah terus tergadai.

Dewan Undangan Negeri Sabah yang dibentuk atau diwakili oleh 92% kerusi Bumiputera atau 'Native' yang mempunyai Hak NCR di Negeri Sabah, sementara 100% kerusi Native atau Bumiputera yang mewakili kerusi DUN Sabah adalah mewakili kerajaan Barisan Nasional negeri ini.

Persoalannya, sudah 49 tahun 'Merdeka' tetapi 'Kerajaan dan YB-YB BN' belum merdeka untuk menggubal undang-undang dan mentafsir undang-undang mengikut kehendak rakyat dan hak asasi mereka?

Kenapa Kerajaan BN yang kini diterajui Datuk Seri Musa Aman belum bersedia mengkaji semula undang-undang itu untuk dikembalikan dan diperkasa  berdasarkan keperluan Hak Anak Negeri; sebaliknya membiarkan 'Tiga Individu Laknat' iaitu Pengarah Jabatan Hutan (Datuk Sam Mannan) dan Pengarah JTU (Datuk Osman Jamal) dan 'Peguam Besar Negeri Sabah' (Datuk Antony Roderic @ Manthoapil Fernandez) secara membabi buta mengeliru dan menghasut rakyat melalui tafsiran mereka terhadap Bab 68, Ordinan Tanah Negeri Sabah di bawah Seksyen 13, 14,15 dan 16 berhubung Hak NCR.

Kita semua perlu faham dan akur kepada kehendak rakyat bahawa bangsa yang merdeka adalah bangsa yang mempunyai Hak dan kelebihan di dalam negaranya sendiri untuk menlindungi masa depan mereka, bukannya terus digertak dan ditakuti oleh 'Agen Asing' atau melindungi kepentingan pihak tertentu.

Mungkin ramai lupa bahawa salah satu syarat pembentukan Malaysia ialah dengan menempatkan Hal Ehwal Tanah dan Kerajaan Tempatan di dalam senarai negeri atau Hak Negeri untuk selama-lamanya

Tujuan utama syarat unggul ini ialah supaya rakyat Sabah terus menjadi tuan di negerinya sendiri. Di samping itu juga, British telah mewujudkan Mahkamah Anak Negeri bagj menjaga Hal Ehwal Adat Istiada rakyat tempatan bagi menjamin kedaulatannya rakyat negeri ini terjaga dan tidak terluput.

Saya yakin bahawa Anak Negeri dan Bumiputera Negeri Sabah 'TIDAK' akan menerima kenyataan bahawa 'HAK NCR' mereka telah terhapus sejak 1930 berdasarkan undang-undang yang sedia ada?

Sebagai contoh, Kes Ramilin di Pitas tempoh hari telah mengesahkan bahawa Hak NCR tidak boleh terhapus walaupun ketiadaan Undang-undang seperti mana yang diputuskan oleh hakim dan perkara ini boleh kita ambil rujukan untuk memperkasa masa depan kita di negeri ini.

Dalam hal ini, penduduk Sabah Bumiputera perlu bersatu jika kesemua wakil rakyat mereka gagal untuk membetulkan undang-undang yang telah terhapus ini, tiada gunanya kerusi bumiputera yang menyokong kerajaan BN 100% berada di sana. Jika mereka gagal menjaga kepentingan dan hak Bumiputera atau NCR terabai yang mewakil lebih dari 90% kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sehubungan itu, Kerajaan Sabah yang dikendali dengan baik oleh Datuk Musa Aman ketika ini tidak mengulangi kesilapan Tun Mustapha, Harris Salleh, Pairin Kitingan dan semua Ketua Menteri Merry Go-Round; yang bacul untuk membuka mulut berkata 'TIDAK' kepada kemungkaran kerana terlalu menjadi 'TUAN BESAR' dari MALAYA!

Sebelum Sabah di 'Melaya' (diterlentangkan) untuk 'diperkosa' oleh pemimpin rakus dari Kuala Lumpur dan pemimpin Sabah sendiri; ada baiknya rakyat Sabah bersatu hati memberi sokongan padu kepada pemimpin Sabah yang benar-benar berjuang untuk Sabah sebelum terlambat!

9 comments:

  1. PBS tidak bersetuju dengan mod tafsiran yang digunakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur pengarah Datuk Osman Jamal, seolah-olah membatalkan peruntukan undang-undang bagi hak-hak masyarakat pribumi mengenai hak adat mereka tanah NCR selepas tahun 1930.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Henrynus Amin berkata PBS menyesali kenyataan yang dibuat oleh Osman di atas tanah NCR itu yang katanya telah dibuat dalam tergesa-gesa tanpa berunding pertama Kabinet Negeri Sabah dan tanpa mengambil kira sensitiviti isu itu pada masa ini.

      Delete
  2. PBS berharap lebih ramai pakar undang-undang untuk tampil ke hadapan untuk memberi pandangan mereka atau walaupun perdebatan awam untuk membantu Negeri mentafsir niat asal merangka undang-undang tanah NCR

    ReplyDelete
  3. Datuk Henrynus Amin berkata penduduk kampung yang terlibat pasti tidak akan mengalah walau seinci pun tanah NCR kepada Negeri. Sekiranya undang-undang tidak dihormati hak adat mereka kepada tanah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka yang mana akan terbatal semata-mata kelemahan dalam Ordinan Tanah Sabah.

    ReplyDelete
  4. Jika memang tafsiran undang-undang Ordinan Tanah Sabah perlu dibatalkan tanah NCR, PBS mencadangkan untuk pindaan satu undang-undang baru yang berkaitan untuk mengukuhkan peruntukan undang-undang bagi hak-hak masyarakat peribumi ke atas tanah NCR selepas tahun 1930.

    ReplyDelete
  5. Pemilik NCR dinasihat supaya tidak mudah terpedaya dengan dakwaan pembangkang bahawa mereka akan rugi sekiranya menyertai mana-mana projek pembangunan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Ini cumalah perangkap oleh pembangkang untuk menjatuhkan sokongan kerajaan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  6. Jangan dengan dengan apa yang pembangkang cuba katakan. Pembangkang selama ini menghasut rakyat agar menentang pelbagai projek pembangunan tanah NCR sedangkan usaha itu terbukti dapat memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar.Kerajaan telah berusaha untuk membantu rakyat diluar bandar.

    ReplyDelete
  7. Jika penduduk tidak berkerjasama dengan kerajaan maka sudah pasti akan menyebabkan pembangunan di Luar bandar akan terbantut daripada apa yang dirancang sebelum ini. Kerajaan tidak buat semua ini dengan suka-suka, tapi sebenarnya cuba untuk membantu rakyatnya.

    ReplyDelete
  8. fikir hak dulu.. pembangunan atau kemajuan adalah tanggungjawab asas kerajaan memerintah tanpa mengira fahaman politik rakyat kerana duit peruntukan itu adalah hasil dari pungutan cukai kerajaan dari mereka... jika kerajaan memilih bulu maka pembayar cukai berhak untuk tidak membayar cukai.....

    ReplyDelete