Saudara Pengarang dan Rakyat
Sabah yang dihormati,
SAYA, Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR Sabah dan
Presiden UBF, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI
MALAYSIA YANG KE-49 kepada seluruh rakyat Malaysia di Sabah atau di mana saja
anda berada.
Seperti mana yang kita
tahu, 16 September 2012 merupakan
Ulangtahun Malaysia yang ke-49, manakala 31 Ogos 1963 sebagai Hari Kemerdekaan
Sabah.
Semasa pembentukan Malaysia,
Sabah adalah sebuah negara yang baru dan pemimpin-pemimpin kita masih mentah
dalam politik kerana kita telah dimerdekakan:-
-Sebelum bersedia untuk
mentadbir negara dalam suasana dunia yang tidak menentu termasuklah:-
*Perang Dunia Kedua yang
baru berlalu;
*Resolusi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak semua jajahan dibebaskan dan diberi kemerdekaan;
serta
*Isu keselamatan;
-Pemimpin kita yang belum
berpengalaman telah dipujuk rayu untuk bergabung dengan negara-negara lain
membentuk Persekutuan Malaysia secara
bersyarat;.
-Pemimpin-pemimpin kita
telah memberi kepercayaan penuh kepada pemimpin-pemimpin Malaya;
-Terpaksa bergantung kepada
pemimpin-pemimpin Malaya kerana belum bersedia untuk memimpin Negara;
-Bagaimanapun, dua tahun
kemudian konsep Malaysia telah berubah setelah Singapura ditendang keluar dari
Malaysia mengakibatkan senario baru dalam Malaysia;
-Sabah telah terdedah kepada penguasaan Malaya;
-Malaya mengambil kesempatan
penuh untuk memanipulasikan keadaan untuk kepentingan dan agendanya;
-Perjanjian Malaysia,
20-Perkara, syarat-syarat, janji-janji dan jaminan-jaminan telah diketepikan
dan tidak dilaksanakan;
-Sabah kehilangan
kedudukannya sebagai rakan kongsi sama taraf dan menjadi negeri yang dikuasai
penuh oleh Malaya;
-Malaya seolah-olah telah
mengambilalih Sabah dari penguasaan British sebagai tanah jajahan dari segi
politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial;
-Sabah telah mula kehilangan
kuasa kemerdekaannya.
Selepas 49 tahun dalam
Malaysia, Sabah telah mengalami banyak
kerugian:-
-Hilang kuasa kemerdekaan
dan autonomi;
-Hilang kekayaan minyak dan
gas;
-Kehilangan hasil cukai dan
ekonominya;
-Hilang kuasa politik kepada
parti Malaya ia itu Umno kerana sekali lagi pemimpin-pemimpin kita di Sabah
telah diperdaya kononnya parti besar dan nasional lebih baik daripada parti
kecil tempatan dan terkorbanlah USNO;
-Hari ini kita tahu
kebenarannya apabila disebaliknya yang telah berlaku.
Pertama agenda Malaya tidak
sama dengan agenda kita, kepentingan mereka tidak sama dengan kepentingan kita.
Harapan dan kepercayaan kita
sekali lagi menjadi kekecewaan kita.
-Anak negeri atau orang asal
telah kehilangan hak dan terpinggir;
-Pendatang asing pula
membanjiri negeri Sabah tanpa kawalan dan diberi kerakyaatan sertamerta secara
songsang dan diberi hak mengundi mengakibatkan rakyat Sabah kehilangan hak
demokrasi untuk menentukan kuasa politiknya;
-Pemimpin-pemimpin politik
Sabah pula kehilangan semangat juang dan menjadi sekadar boneka dan barua
Malaya;
-Sabah menjadi Negeri
termiskin di Malaysia kerana hasil dan pelbagai sumber kekayaan kita dirampas;
-Masalah kita di Sabah bukan
pula diselesaikan malah bertambah parah;
-Rupa-rupanya parti besar
ini hanya memperalatkan orang Sabah untuk kepentingan politik mereka;
-Sekarang, Sabahan dihina
dengan menganggap Sabah sebagai “fixed-deposit” atau simpanan tetap Umno/BN dan
Malaya;
-Di manakah maruah dan harga
diri apabila identiti kita tidak diiktiraf dan hanya dirujuk sebagai bangsa
‘lain-lain’?
Menjelang 2013, Sabah akan
menyambut Golden Jubilee (Jubli Emas) kewujudan Malaysia.
-Sabahan harus menilai
kedudukan kita, di mana kita sekarang dan apa yang telah kita lalui serta ke manakah halatuju kita?
-Sabahan harus belajar dari
sejarah, jangan lagi diulangi kesilapan kita – menjelang tahun ke 50
pembentukan Malaysia kita harus mengambil kesempatan ini untuk menyedari 3
perkara, iaitu
1. Ini lah masa untuk
membebaskan diri kita dari neo-kolonialisma:-
-Bebaskan diri kita dari
cengkaman politik Umno/BN dan Malaya;
-Bebaskan diri kita dari
kebergantungan kepada Kuala Lumpur/Malaya;
-Bebaskan diri kita dari
kemiskinan dan membebaskan diri kita dari belenggu kekolotan minda (ignorance).
2. Masa ini lah juga untuk
menuntut dan memulihkan hak-hak, kemerdekaan dan maruah kita. Kita harus berjuang untuk
mendapatkan semula:-
-Autonomi kita;
-Hak dan kuasa politik kita;
-Hasil ekonomi dan sumber
kekayaan kita;
-Identiti kita sebagai
Sabahan.
3. Masa untuk Sabahan
memulakan era baru untuk Sabah, memperkukuhkan identiti bersama kita sebagai
Sabahan:-
-Sabah Borneo/Borneo Utara
Malaysia;
-Kita harus membuat
keputusan untuk masa depan sendiri;
-Mencorakkan sendiri
pembangunan politik, ekonomi, sosial dan lain lain berasaskan potensi-potensi
negara kita;
-Kita harus menguasai dan
mengurus politik kita sendiri;
-Kita harus menyusun semula
dan mempertingkatkan pentadbiran kita demi mempercepatkan pembangunan sesuai
dengan keperluan semasa;
-Kita juga harus
memperkenalkan dasar-dasar dan program-program sosio-ekonomi, pembangunan dan
pendidikan yang baru;
-Dan keselamatan kita harus
dipertingkatkan supaya lebih selamat;
-Institusi-institusi yang
lain perlu juga kita majukan.
4. Jangan kita lupa bahawa
masa depan di tangan kita.
Untuk mencapainya kita harus
melalui proses-proses berikut, iaitu kita bermula dengan:-
-Kesedaran, selepas itu
pemahaman; dan
-Seterusnya diikuti dengan
tindakan.
-Maka dengan proses ini kita
bolehlah memperbaharui dan membina semula masa depan negeri kita yang
baru; dan
-Seterusnya dapat menghayati
dan menikmati erti kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar.
-Jangan lagi kita terlalu bergantung
kepada orang lain untuk memimpin dan mengurus negeri kita.
-Kerana kini kita sudah
dewasa dalam politik.
-Kita harus bersatu dan
bertanggung jawab;
Kalau Bukan Kita Siapa
Lagi…. Kalau Bukan Sekarang Bila Lagi…. Ini Kali Lah.
Sekian, SELAMAT MENYAMBUT
HARI MALAYSIA.
DATUK DR. JEFFREY KITINGAN,
Pengerusi STAR Sabah
No comments:
Post a Comment